CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30900|Reply: 0

[Pulau Pinang] KPM laksana intervensi semua segmen bagi tingkat pembabitan murid dalam STEM - Fadhlina

[Copy link]
Post time 28-10-2024 04:25 PM | Show all posts |Read mode
KPM laksana intervensi semua segmen bagi tingkat pembabitan murid dalam STEM - Fadhlina

Oleh Nur Izzati Mohamad - Oktober 28, 2024 @ 3:19pm[email protected]




Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (berdiri tiga kiri) melihat pelajar sekolah mengikuti bengkel bersama kakitangan ViTrox Technologies Sdn Bhd sempena Forum Jaringan Industri Ke Arah Kemampanan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Kementerian Pendidikan Malaysia di Kolej Vitrox Pulau Pinang, Bandar Cassia. - Foto NSTP/Danial Saad





BATU KAWAN: Kementerian Pendidikan (KPM) bekerjasama rapat dengan pihak industri sebagai usaha intervensi meningkatkan jumlah pelajar termasuk di sekolah teknik dan Kolej Vokasional (KV) mengambil bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata hingga ini, nisbah 60:40 yang ditetapkan kementerian antara pelajar STEM dan sastera atau sains sosial masih belum dicapai.

Malah, katanya sasaran itu masih rendah.

Susulan jumlah pelajar yang mengikuti bidang STEM semakin berkurang, kementerian perlu melakukan intervensi di bawah agenda reformasi pendidikan dengan memberikan tumpuan dalam segala aspek untuk mencapai sasaran ditetapkan.

"Hal ini (intervensi) adalah bagi memastikan peningkatan berlaku dengan lebih baik lagi khususnya dalam konteks STEM yang (dalam intervensi terbabit) kita (KPM) memberikan tumpuan kepada segmen-segmen (pendidikan STEM).

"Ia termasuk (perihal) anak-anak (pelajar) kita mesti juga dibantu oleh kaunselor terlatih untuk memastikan mereka mendapat sokongan sepenuhnya ketika memilih jurusan STEM itu," katanya selepas selesai sesi Forum Jaringan Industri ke Arah Kemampanan TVET KPM di Auditorium Kolej Vitrox, hari ini.

Terdahulu, Fadhlina yang mengendalikan forum berkenaan selama satu jam membincangkan potensi pelajar TVET di bawah KPM melalui jaringan dan kerjasama dengan pihak industri.

Fadhlina berkata, Pulau Pinang hanya mencapai 52 peratus pelajar yang memilih STEM meskipun negeri itu dikenali sebagai hab industri teknologi tinggi serta ekosistem kukuh bagi membangunkan bidang berkenaan.

Dalam pada itu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, KPM juga akan memperluaskan rakan sinergi dalam usaha memperkasakan pendidikan TVET.

"Dalam era teknologi semakin berkembang pesat dengan teknologi dan kepakaran tertentu memerlukan kita mengetahui keperluan industri dari semasa ke semasa.

"Ini termasuk mengenai keperluan guru kita untuk menguasai ilmu kemahiran di peringkat industri supaya mereka seiring dan dapat menyampaikan pengajaran itu dengan lebih baik dalam persiapan serta persediaan untuk anak-anak murid kita," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1316957/kpm-laksana-intervensi-semua-segmen-bagi-tingkat-pembabitan-murid





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:57 PM GMT+8 , Processed in 1.011425 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list