CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30387|Reply: 0

[Pulau Pinang] Isu harga barang: Adu terus kepada KPDN jangan tular dahulu

[Copy link]
Post time 28-10-2024 04:50 PM | Show all posts |Read mode
Isu harga barang: Adu terus kepada KPDN jangan tular dahulu

Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Oktober 28, 2024 @ 3:25pm [email protected]




Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) S. Jegan (tengah) mengadakan walkabout pelaksanaan dan pemantauan Skim Harga Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2024 di Pasaraya Billion, Seberang Jaya, Pulau Pinang. - Foto NSTP/Mikail Ong





BUTTERWORTH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang memohon pengguna menyalurkan sebarang aduan secara terus menggunakan platform disediakan supaya tindakan penguatkuasaan boleh diambil serta merta.

Pengarahnya, S Jegan, berkata tindakan mengemukakan aduan sama ada melalui media sosial, persatuan serta pertubuhan bukan kerajaan dikhuatiri akan memberi lebih masa kepada peniaga untuk 'menyembunyikan' kesalahan mereka jika benar terdapat elemen salah laku dan pelanggaran undang-undang.

"Memang kita memantau dan mengambil tindakan terhadap aduan sedemikian tetapi apabila maklumat itu sudah lebih dahulu tersebar atau tular kadang-kadang apabila kita serbu peniaga mereka sudah bersiap sedia.

"Jadi kita mohon salurkan aduan terus kepada kita kerana kadang-kadang sebelum kita pergi mereka sudah 'baiki' ubah kembali harga dan sebagainya," katanya selepas meninjau pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMPP) Deepavali di sini, hari ini.

Jegan menegaskan, semua aduan yang dipanjangkan kepada pihaknya akan disiasat secara saksama termasuk memeriksa dokumen berkaitan termasuk meliputi rekod tiga tahun ke belakang bagi meneliti sama ada kenaikan harga yang dilaporkan munasabah atau tidak.

"Kita akan kaji sebab apa harga dinaikkan, adakah berasas kalau memang logik tiada tindakan akan diambil. Kalau ia bukan membabitkan barang kawalan dan rakyat sanggup membeli tiada masalah ini bergantung kepada permintaan dan penawaran.

"Tetapi walau harga mahal macam mana pun, tanda harga memainkan peranan penting dan perlu dipamerkan dengan jelas," katanya menambah pihaknya sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan ditetapkan.

Jegan berkata, sejak 1 Januari lalu sehingga semalam, pihaknya menerima sejumlah 2,051 aduan dengan 908 daripadanya membabitkan harga barangan dan perkhidmatan selain 158 aduan berkaitan bekalan barang kawalan dan selebihnya 986 aduan kategori lain-lain.

Menurutnya, KPDN Pulau Pinang telah memeriksa sebanyak 44,080 premis dan telah mengambil tindakan terhadap 557 kes merangkumi pelbagai kesalahan dengan jumlah sitaan RM1,963,081.75 dan jumlah kompaun RM250,250 sepanjang tempoh terbabit.

Terdahulu beliau berkata, seramai 137 anggota penguat kuasa dan 62 pegawai pemantau harga termasuk petugas berpakaian biasa ditugaskan di lokasi strategik seperti pasar awam, pasar tani dan pusat beli-belah bagi membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih berkesan sempena SHMMP Deepavali 2024.

Sebanyak lapan produk disenaraikan menerusi skim berkenaan antaranya daging kambing biri-biri bertulang import, tomato, cili merah, kelapa biji (harga maksimum peringkat borong sahaja), kelapa parut, bawang merah kecil India serta bawang ros, bawang merah besar import dan kacang dal import Australia bermula 24 Oktober lalu hingga 3 November ini.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1316965/isu-harga-barang-adu-terus-kepada-kpdn-jangan-tular-dahulu





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.057897 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list