CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28086|Reply: 0

[Kedah] Polis Kedah terima lebih 48 laporan polis kes pelaburan emas Siti Hajartul Haini babitkan kerugian RM26 juta

[Copy link]
Post time 28-10-2024 06:18 PM | Show all posts |Read mode
Polis Kedah terima lebih 48 laporan polis kes pelaburan emas Siti Hajartul Haini babitkan kerugian RM26 juta

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Oktober 28, 2024 @ 5:39pm [email protected]




Fisol menunjukkan barangan dan kenderaan yang di rampas pada sidang media mengenai kejayaan polis Kedah di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu. NSTP/ WAN NABIL NASIR.





JITRA: Polis Kedah menerima lebih 48 laporan polis di negeri ini berhubung kes sindiket pelaburan emas didalangi Siti Hajartul Haini Abd Hamid membabitkan kerugian sebanyak RM26 juta.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh, berkata laporan polis itu diterima membabitkan daerah Kulim, Kota Setar, Kubang Pasu, Sik dan Kuala Muda.

Beliau berkata, hasil laporan itu, tujuh suspek ditahan termasuk Siti Hajartul Haini, 37, di negeri ini.

"Enam lagi suspek termasuk suami wanita itu dan adik perempuannya serta adik iparnya iaitu lelaki, manakala tiga lagi dipercayai ejen pelaburan emas terbabit.

"Semua mereka yang berusia antara 29 hingga 62 tahun ditahan bermula pada 21 dan 22 Oktober lalu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, di sini hari ini.

Fisol berkata, turut dirampas sebahagian wang tunai, resit barang kemas, kad bank, enam kenderaan mewah dan sebuah motosikal jenis vespa untuk membantu siasatan.

"Modus operandi yang dilakukan suspek adalah dengan menipu mangsa menerusi kaedah membeli emas dengan harga lebih murah daripada harga semasa.

"Kebanyakan mangsa yang melabur itu dijanjikan keuntungan harga emas semasa tetapi mereka hanya dapat pada peringkat pertama, namun yang kedua dan seterusnya tidak mendapat pulangan," katanya.

Fisol berkata, pihaknya mengingatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan tipu helah yang menawarkan pelaburan emas yang dijanjikan dengan pulangan lumayan bagi mengelak penipuan.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1317012/polis-kedah-terima-lebih-48-laporan-polis-kes-pelaburan-emas-siti





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.050452 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list