CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42692|Reply: 0

[Pulau Pinang] Reman juruukur tanah rempuh kenderaan polis dan bunuh disambung

[Copy link]
Post time 29-10-2024 02:39 PM | Show all posts |Read mode
Reman juruukur tanah rempuh kenderaan polis dan bunuh disambung

Zuhainy Zulkiffli[email protected]




REMAN terhadap nelayan (baju warna putih dan kelabu) yang juga suspek utama. FOTO Zuhainy Zulkiffli





Georgetown: Reman terhadap juruukur tanah yang merempuh kenderaan polis dan orang awam hingga menyebabkan anggota bertugas terpaksa melepas dua das tembakan dalam kejadian di Jalan Kelawai di sini, disambung lagi.

Majistret Shyahirah Abdul Salim membenarkan lanjutan reman bermula hari ini sehingga 2 November depan terhadap lelaki berusia 32 tahun itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyeh 39 Akta Senjata 1960.

"Hasil ujian air kencing yang dijalankan terhadap suspek juga mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamin dan amphetamin.

"Manakala semakan mendapati lelaki terbabit mempunyai rekod lampau berkaitan dadah," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Harian Metro pada Jumaat lalu melaporkan, pihak polis terpaksa melepas dua das tembakan bagi menghentikan kenderaan dinaiki suspek selepas lelaki itu bertindak agresif merempuh kenderaan anggota serta orang awam.

Dalam kejadian 5.30 petang itu, tembakan dilepas anggota ke arah tayar bahagian hadapan kenderaan suspek yang sedang bergerak walaupun diarahkan berhenti.

Swee Sake berkata, ketika kejadian suspek dipercayai sedang merancang untuk mencuri kabel di Bilik Pencawang TNB berhampiran Plaza Gurney di sini.

Sementara itu, dalam prodising sama, reman terhadap nelayan yang juga suspek utama bagi kes lelaki warga Pakistan maut ditikam menggunakan pemutar skru di kedai buah di Pulau Tikus, di sini, disambung lima hari.

Majistret Shyahirah Abdul Salim membenarkan reman terhadap suspek yang berusia 38 tahun itu disambung bermula esok sehingga 3 November depan.

Ujian saringan air kencing terhadap suspek didapati positif dadah dan tiada rekod lampau.

Sebelum ini Harian Metro melaporkan seorang lelaki warga Pakistan berusia 48 tahun itu ditikam sehingga mati oleh seorang lelaki tempatan dalam kejadian 5 petang, 21 Oktober lalu.

Seramai 14 individu termasuk dua wanita ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.



Disiarkan pada: Oktober 29, 2024 @ 2:14pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1149469/reman-juruukur-tanah-rempuh-kenderaan-polis-dan-bunuh-disambung




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.481218 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list