CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32524|Reply: 0

[Sarawak] Contohi pembangunan bandar raya Masdar

[Copy link]
Post time 7-11-2024 12:30 AM | Show all posts |Read mode
  • Sarawak berminat jadikan pembangunan bandar raya di Abu Dhabi itu sebagai model pembangunan bandar masa depan di Kuching, khususnya melibatkan kawasan-kawasan baharu




Abang Johari (dua kanan) ditemani Awang Tengah (tiga kanan) melihat model bandar raya Masdar, Abu Dhabi. - Gambar UKAS

KUCHING: Sarawak berminat menjadikan pembangunan bandar raya Masdar di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai model pembangunan bandar masa depan di Kuching, khususnya melibatkan kawasan-kawasan baharu.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, inisiatif itu penting untuk menjadikan Kuching sebuah bandar yang mampan, bebas karbon serta dilengkapi teknologi dan inovasi termaju.

"Kita melihat potensi untuk belajar daripada usaha-usaha kelestarian bandar raya ini, yang boleh digunakan sebagai model pembangunan, dirancang untuk dilaksanakan lebih-lebih lagi di kawasan baharu di bandar raya Kuching.

"Saya percaya kita boleh meniru apa yang telah dicapai di bandar raya Masdar. Perbincangan lanjut akan diadakan dan mungkin kita boleh meneroka perkongsian dengan Abu Dhabi," jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke bandar raya Masdar di Abu Dhabi pada Selasa, sebahagian daripada sesi lawatan rasmi beliau bersama beberapa pemimpin dari Sarawak ke UAE, demikian menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), hari ini.

Delegasi Sarawak terdiri daripada Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni serta Pengerusi Sarawak Energy Berhad (SEB) Dato Ibrahim Baki.

Semasa kunjungan itu, Abang Johari meluangkan masa memerhati integrasi teknologi canggih yang dikuasakan oleh tenaga solar, inisiatif rendah karbon dan pemuliharaan alam sekitar yang seimbang dalam pembangunan bandar.

"Mereka menggunakan tenaga solar dan bangunan bandar dibangunkan secara mampan, memastikan pemuliharaan alam sekitar serta mengurangkan pelepasan karbon.

"Pembangunan ini menetapkan piawaian yang tinggi dengan tumpuannya kepada penjagaan alam sekitar dan institusi pengajian tinggi lanjutan, pertubuhan komersial dan pentadbiran," katanya.

Beliau menambah, model yang dibangunkan oleh Abu Dhabi dalam bandar raya mampan itu mempunyai potensi untuk mentransformasikan landskap pembangunan Sarawak ke arah kelestarian yang lebih baik.

Abang Johari juga membayangkan peluang kerjasama antara Sarawak dan Abu Dhabi dalam usaha menerokai ekonomi baharu.

Beliau memberitahu akan membawa perkara ini kepada Kabinet Sarawak untuk dibincangkan dengan terperinci mengenai hala tuju kerjasama dua hala.

Dalam lawatan itu, Abang Johari dan delegasinya juga berpeluang menaiki Personal Rapid Transit (PRT), kenderaan elektrik autonomi tanpa pemandu.

Mereka turut diberi taklimat oleh Ketua Perolehan dan Kontrak Masdar City Suwaid Al Badi mengenai pembangunan bandar itu.

Hadir sama Pengerusi Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) Tan Sri Datuk Amar Hamid Bugo, Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy Berhad (SEB) Datuk Sharbini Suhaili serta pegawai kanan Kerajaan Sarawak yang lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tragedi Disember, malu apa masuk la sini jap!
maklukpenggodaTragedi Disember, malu apa masuk la sini
Views : 47162 Replies : 21
Edisi Awet Muda : Umur Hanyalah Suatu Angka
telracsEdisi Awet Muda : Umur Hanyalah Suatu An
Views : 11044 Replies : 25
Perang Perdagangan sudah bermula, yehawww!
maklukpenggodaPerang Perdagangan sudah bermula, yehaww
Views : 2209 Replies : 2
Isu keganasan Rumah Tangga zahnita
PenjaraPetaiIsu keganasan Rumah Tangga zahnita
Views : 11109 Replies : 278
Saya dengan ini isytiharkan undang-undang tentera darurat," kata Encik Yoon dalam ucapan langsung di tv,Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera darurat
YgBenarSaya dengan ini isytiharkan undang-undan
Views : 6306 Replies : 4
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 257047 Replies : 7118
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 48983 Replies : 27
Jarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran akaun 3 KWSP cecah RM10.78 bilion
YgBenarJarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran
Views : 50388 Replies : 28
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 1986 Replies : 11
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 92566 Replies : 933

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.040443 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list