CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35772|Reply: 0

[Sarawak] Muzium di Oxford kembalikan topi buluh Kenyah Badeng kepada Sarawak

[Copy link]
Post time 7-11-2024 12:43 AM | Show all posts |Read mode


Ting (tengah) serta yang lain menunjukkan Sa'ung yang dipulangkan kepada Sarawak.

KUCHING: Terendak (topi) buluh kaum Kenyah Badeng bersejarah, dikenali Sa'ung, sebelum ini diletakkan di Muzium Pitt Rivers di Oxford, United Kingdom telah dikembalikan ke Sarawak, menandakan 'kepulangan' budaya yang sangat penting.

Mendedahkan perkara itu, Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak dalam satu hantaran di Facebook pada Isnin, menyifatkan pemulangan itu sebagai "menghidupkan kembali sejarah, maruah dan identiti" untuk masyarakat Kenyah-Badeng.

"Penghantaran balik hari ini (4 November 2024) bukan sekadar memulihkan objek budaya (tetapi) ia melambangkan peranan muzium yang berkembang pada abad ke-21," kata Kementerian.

Menurut catatan itu, ini adalah pemulangan objek sejarah kedua Sarawak selepas pemulangan serpihan tulang yang ditemui di Gua Niah pada 2020 ke Muzium Sarawak.

Ia juga mencerminkan pergerakan global yang semakin meningkat ke arah memulihkan ketidakadilan sejarah dengan mengembalikan barangan warisan budaya kepada komuniti asal mereka.

Majlis penyerahan Sa'ung diadakan di Universiti Oxford United Kingdom, pertama kali dilakukan oleh Muzium Pitts Rivers, yang sebelum ini hanya memulangkan kerangka nenek moyang.

Hadir pada majlis itu Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Sebastian Ting, Ketua Taman, Perpustakaan dan Muzium (Glam) Richard Ovenden, Pengarah Muzium Pitt Rivers yang juga profesor Universiti Oxford Prof Dr Laura Van Broekhoven serta pegawai kanan dari Sarawak dan Universiti Oxford yang lain.

Sementara itu, BBC melaporkan artifak budaya itu diambil semasa ekspedisi perang pimpinan British pada 1895 dan 1896 dan diperoleh oleh muzium itu pada 1923 tetapi tidak pernah dipamerkan secara terbuka.

Sa'ung, yang direka dengan rumit daripada buluh dan dihiasi dengan reka bentuk figura manusia, memberikan kedua-dua peranan praktikal dan rohani yakni menawarkan perlindungan kepada ibu dan anaknya.

Laporan itu juga menyebut terendak itu dirampas ketika tentera penjajah British melancarkan serbuan menghukum terhadap masyarakat pribumi yang menentang pemerintahan asing, memberi kesan buruk kepada penduduk.

Ekspedisi ini, yang diarahkan oleh keluarga Brooke atau Rajah Putih, sering membawa kepada rompakan artifak budaya, pembakaran rumah panjang dan kehilangan nyawa serta tanah.

“Terendak ini antara kira-kira 3,000 barangan dari Borneo yang kini dalam koleksi muzium, kebanyakannya berasal dari 'harta' persendirian keluarga Brooke,” kata laporan itu.

Mengulas mengenai pemulangan itu, Van Broekhoven berkata beliau sangat berpuas hati dengan keputusan untuk memulangkan Sa'ung dan mengakui wujudnya sejarah keganasan pada beberapa koleksi muzium itu.

“Memandangkan sejarah sebahagian daripada koleksi kami dan keterlibatan mereka dalam keganasan serta penindasan tentera, kerja penyelesaian ini adalah penting dalam kerja yang kami mahu dan perlu lakukan.

"Ini kerana ia membantu memulihkan kepercayaan dan pemahaman serta membina harapan untuk keamanan masa depan melalui perkongsian,” katanya dipetik sebagai berkata dalam laporan itu.

Menurut laporan BBC lagi, Sa’ung itu akan dikembalikan kepada Persatuan Badeng Kenyah sebelum dipamerkan di Muzium Budaya Borneo di sini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.060185 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list