Edited by Vellfire at 7-11-2024 01:29 AM
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong berkata, pihaknya menerima laporan sekitar 3.25 petang dan terus mengerahkan anggota ke lokasi kejadian.
“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian, didapati benar berlaku kebakaran melibatkan kapal CJ milik Sarawak Slipway.
“Api pada ketika itu marak memusnahkan lebih kurang 60 peratus bahagian kapal.
“PKO Lutong membentang satu aliran 200 kaki, dua pancutan air daripada jentera bagi memadamkan kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan.
Setelah memastikan keadaan selamat dan api padam sepenuhnya, PKO bertolak balik ke balai sekitar 4.50 petang.
Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
|