CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 57807|Reply: 3

[Johor] 'Syukur, Ina ditemui selamat'

[Copy link]
Post time 9-11-2024 10:41 AM | Show all posts |Read mode


JOHOR BAHRU: Remaja perempuan 16 tahun yang keluar rumah di Bandar Baru Uda di sini pagi kelmarin selepas bertengkar dengan ibunya, ditemui selamat awal pagi tadi.

Ibunya, Saadah Abd Kadir, 40, berkata polis memaklumkan anaknya Nur Farisah Adlina Ismail ditemui sebuah keluarga yang menghantarnya ke Balai Polis Skudai di sini.

Polis menghubunginya jam 4.30 pagi dan meminta hadir ke balai.

"Alhamdulillah anak saya telah ditemui, syukur sangat Ina ditemui dalam keadaan selamat.

"Saya dimaklumkan anak berseorangan sejak dia keluar rumah dan duduk di Masjid di kawasan ini. Ada seorang remaja menemuinya dan keluarga remaja membantu Ina.

"Mereka membawa Ina ke balai polis selepas menyedari Ina adalah individu yang hilang dan viral di media sosial," katanya dihubungi hari ini.

Saadah berkata anaknya tidak banyak bercakap dan hanya berdiam diri.

"Ina mengakui kesalahan yang dibuat dan sedih dengan apa yang dilakukan.

"Apa pun alasannya saya bersyukur Ina ditemukan dalam keadaan selamat. Saya berterima kasih kepada semua yang membantu termasuk kerja keras Polis Diraja Malaysia (PDRM), media dan netizen," katanya.

Semalam, media melaporkan kehilangan Nur Farisah Adlina Ismail yang keluar rumah pada pagi kelmarin selepas bertengkar dengan ibunya kerana tidak dibenarkan keluar bersama rakan pada malam sebelum kehilangannya.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu juga keluar rumah tanpa membawa telefon bimbit dan kad pengenalan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2024 12:33 PM | Show all posts
Budak2 sekarang berani betul asal bergaduh aje, lari. I dulu tak pernah terfikir nak lari, habis2 pun merajuk dalam bilik tp tak lama lah sebab kitonya laparrrrrrrrr
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2024 02:59 PM | Show all posts
IvyGorgon replied at 9-11-2024 12:33 PM
Budak2 sekarang berani betul asal bergaduh aje, lari. I dulu tak pernah terfikir nak lari, habis2 pu ...

bdk2 jaman now
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 12:19 PM | Show all posts
dia x kenal dunia ni keras sbnrnya.. tgk la, dah lari eh kena duk mana je? nk mkn pun still mak pak bagi utk isi perut, nk tukar baju pun xde duit, ade hati nak lari.

selagi kita di bawah tanggungan makpak, ikut ckp diorang dik. benda baik je arahan mak pak x bg ko keluar, bkn suh ko pegi jd minah rempit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.311559 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list