CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 56384|Reply: 0

[Kedah] KKM akan beri dapatan siasatan isu air perigi terapi dalam masa terdekat

[Copy link]
Post time 9-11-2024 05:22 PM | Show all posts |Read mode
KKM akan beri dapatan siasatan isu air perigi terapi dalam masa terdekat

BERNAMA - November 9, 2024 @ 3:15pm



Dr Dzulkefly hadir Konvensyen AMANAH Kedah 2024 di Tasik Darulaman. - Foto NSTP/Wan Nabil Nasir



JITRA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuat ulasan dan dapatan berhubung isu penggunaan air perigi terapi di sebuah lokasi di Rembau, Negeri Sembilan yang didakwa mampu memberi manfaat kesihatan kepada individu yang menghidap pelbagai penyakit dalam masa terdekat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata KKM sebelum ini telah memaklumkan bahawa perhatian serius akan diambil terhadap isu berkenaan.

"Kita sudah jawab perkara itu sebelum ini tetapi akan buat pengulasan dan dapatan dalam masa terdekat ... saya lihat sangat mustahak untuk kita sentiasa celik dan literasi, jangan kita semua tanpa kira bangsa terlalu 'mudah-mudah' dimainkan sangat oleh mereka.

"Tidak salah untuk buat apa-apa sahaja tuntutan, tetapi ia mestilah disertakan dengan bukti yang lengkap, itu pandangan KKM dan kita sedang siasat dan akan bagi dapatan itu dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai air perigi terapi ion di Rembau yang didakwa mampu menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk strok menerusi teknologi rawatan khas dan lokasi berkenaan turut menjadi tumpuan pengunjung yang ingin mendapatkan air itu.

Terdahulu, beliau yang juga Naib Presiden AMANAH merasmikan Konvensyen AMANAH Negeri Kedah 2024 di sini yang turut dihadiri Pengerusi AMANAH Negeri Kedah, Asmirul Anuar Aris dan Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar.

Dalam perkembangan lain, ketika diminta mengulas mengenai ketegangan yang berlaku melibatkan isu pengagihan kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Dzulkefly berkata semua perkara boleh dibawa berunding.

"Saya tidak mahu ulas lanjut mengenai isu itu, tetapi dengan semangat kerjasama pastinya semua boleh berunding ... tiada apa yang tidak boleh dirunding jadi harap dalam semangat untuk memajukan negeri dan negara, kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) akan dapat mencapai persetujuan.

.".. akan dapat menyusun agihan kerusi dengan baik, saya menaruh keyakinan mereka akan dapat selesaikan isu ini dan PRN Johor ini akan menjadi cabaran pertama untuk kita lihat kerjasama yang akan dijalinkan ini," katanya.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi AMANAH Johor, Dzulkefly Ahmad memaklumkan AMANAH tidak menolak kemungkinan berlaku pertembungan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1321683/kkm-akan-beri-dapatan-siasatan-isu-air-perigi-terapi-dalam-masa





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.763054 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list