CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 57105|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tikaman di perut, dada punca kematian dua beranak

[Copy link]
Post time 9-11-2024 06:11 PM | Show all posts |Read mode
Tikaman di perut, dada punca kematian dua beranak

Oleh Nur Izzati Mohamad - November 9, 2024 @ 12:31pm[email protected]







GEORGETOWN: Bedah siasat ke atas dua beranak yang maut ditikam seorang lelaki di hadapan lif sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini menemui beberapa kesan tikaman pada bahagian dada dan perut.

Difahamkan, sekurang-kurangnya enam kesan tikaman dikesan pada mayat Siti Zulaila Zulkifli, 30; dan bapanya, Zulkifli Ibrahim, 62.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake, berkata laporan bedah siasat Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) semalam, mengesan kecederaan akibat tikaman di dada dan perut mangsa.

"Proses bedah siasat selesai kira-kira jam 6 petang semalam dan jenazah dituntut ahli keluarga.

"Punca kematian mangsa wanita adalah luka tikaman pada dada dan perut, manakala bapanya mengalami luka ditikam pada dada.

"Ketika ini, suspek yang dirawatdi HPP stabil dan kita percaya siasatan kes ini tidak akan mengambil masa yang lama," katanya.

Dalam kejadian jam 12.54 tengah hari Khamis lalu, Siti Zulaila dan Zulkifli maut di tempat kejadian selepas ditikam suspek menggunakan sebilah pisau.

Suspek kemudian mengelar dan menikam diri sendiri beberapa kali.

Terdahulu, jenazah dua beranak itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Tanjong Tokong di sini, malam tadi.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/11/1321609/tikaman-di-perut-dada-punca-kematian-dua-beranak





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.049350 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list