CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37696|Reply: 0

[Pulau Pinang] Depot Tahanan Imigresen Jawi bawah kapasiti

[Copy link]
Post time 10-11-2024 02:31 PM | Show all posts |Read mode
Depot Tahanan Imigresen Jawi bawah kapasiti

Nur Izzati Mohamad[email protected]




BLOK tahanan pada Majlis Penyerahan Projek Depot Imigresen dan Kuarters Jawi Pulau Pinang di Depot Imigresen Jawi. FOTO Danial Saad




Nibong Tebal: Depot Tahanan Imigresen Jawi, di sini, yang siap dibina dengan kos RM77.5 juta di atas tanah berkeluasan 6.07 hektar dapat memuatkan kira-kira 1,200 tahanan dalam satu-satu masa.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, depot tahanan baharu itu akan menggantikan depot tahanan di Juru yang berkapasiti 500 tahanan.

"Sekarang (tahanan) di depot Juru terdiri daripada 233 lelaki dan 133 perempuan yang akan menjadi penghuni 'sulung' apabila dipindahkan ke sini (depot tahanan Jawi).

"Mereka (tahanan) yang ditempatkan di sini berkaitan kesalahan melanggar akta imigresen antaranya salah guna pas lawatan, masuk tanpa dokumen dan tinggal lebih masa.

"Dalam pada itu, seramai 118 staf imigresen juga akan ditempatkan di sini yang mana terdapat juga kuarters penginapan untuk mereka," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Projek Depot Tahanan Imigresen dan Kuarters Jawi Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Saifuddin berkata, tahanan di depot tahanan imigresen bersifat sementara dan tidak berlaku kesesakan, malah ia beroperasi di bawah kapasiti.

"Mereka (tahanan) yang apabila kita proses, misalnya kesalahan tinggal lebih masa, kita akan teruskan pendakwaan di mahkamah dan senarai hitam (tidak benar masuk ke Malaysia).

"Kalau mereka sudah selesai menjalani hukuman, kita tempatkan sementara sebelum kita pulangkannya ke negara asal bergantung kepada seberapa cepat dokumen perjalanan mereka disiapkan.

"Keseluruhannya, depot tahanan imigresen kita anggap sebagai 'under' (di bawah) kapasiti yang keupayaan kita lebih, tetapi kita menempatkan angka (tahanan) yang jauh lebih rendah," katanya.

Depot Tahanan Imigresen Jawi menggantikan Depot Tahanan Imigresen Juru yang dibina pada 1976 di mana sudah uzur dan tidak selamat untuk diduduki.



Disiarkan pada: November 10, 2024 @ 2:25pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1153444/depot-tahanan-imigresen-jawi-bawah-kapasiti




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tragedi Disember, malu apa masuk la sini jap!
maklukpenggodaTragedi Disember, malu apa masuk la sini
Views : 47162 Replies : 21
Edisi Awet Muda : Umur Hanyalah Suatu Angka
telracsEdisi Awet Muda : Umur Hanyalah Suatu An
Views : 11044 Replies : 25
Perang Perdagangan sudah bermula, yehawww!
maklukpenggodaPerang Perdagangan sudah bermula, yehaww
Views : 2209 Replies : 2
Isu keganasan Rumah Tangga zahnita
PenjaraPetaiIsu keganasan Rumah Tangga zahnita
Views : 11109 Replies : 278
Saya dengan ini isytiharkan undang-undang tentera darurat," kata Encik Yoon dalam ucapan langsung di tv,Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera darurat
YgBenarSaya dengan ini isytiharkan undang-undan
Views : 6306 Replies : 4
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 257047 Replies : 7118
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 48983 Replies : 27
Jarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran akaun 3 KWSP cecah RM10.78 bilion
YgBenarJarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran
Views : 50388 Replies : 28
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 1986 Replies : 11
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 92566 Replies : 933

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.041673 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list