CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40289|Reply: 0

[Kedah] Graduan UUM diminta kongsi bakat, kemahiran untuk manfaat masyarakat

[Copy link]
Post time 10-11-2024 04:24 PM | Show all posts |Read mode
Graduan UUM diminta kongsi bakat, kemahiran untuk manfaat masyarakat

Oleh Noorazura Abdul Rahman - November 10, 2024 @ 3:19pm [email protected]




Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah pada Majlis Konvokesyen, UUM ke-37 di Dewan Mua'dzam Shah di Sintok hari ini. - Foto NSTP/Noorazura Abdul Rahman




SINTOK: Graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) diminta berkongsi bakat dan kemahiran dimiliki agar impak positif serta manfaatnya dapat dirasai masyarakat.

Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah perkongsian itu boleh dilakukan melalui pembabitan secara profesional atau sumbangan kerja amal.

"Beta ingin berpesan kepada semua graduan agar sentiasa ingat akan tanggungjawab kita kepada bangsa, agama, dan negara.

"Graduan harus sedar bahawa kejayaan yang dikecapi dalam kehidupan ini bukan sekadar untuk dinikmati diri sendiri, namun ia hendaklahdikongsi untuk dimanfaatkan bersama orang lain.

"Gunakanlah bakat dan kebolehan yang dipelajari di UUM untuk memberikan sumbangan bermakna kepada masyarakat dan negara. Jadilah individu yang membanggakan keluarga, universiti dan negara," titah baginda pada Majlis Konvokesyen UUM Ke-37 di Dewan Mua'dzam Shah di sini, hari ini.

Sultan Sallehuddin yang juga Canselor UUM bertitah, graduan universiti berkenaan juga harus terus belajar dan mengekalkan rasa ingin tahu untuk terus mencapai kejayaan.

"Graduan mesti terus belajar, sama ada melalui pendidikan formal atau luar pendidikan formal. Kekalkan rasa ingin tahu kerana ia akan memacu kepada pencapaian.

"Sebenarnya, pembelajaran di luar pendidikan formal akan lebih mematangkan graduan untuk mengharungi kehidupan di dunia yang serba mencabar ini," titah baginda.

Sementara itu, Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mohd Foad Sakdan memaklumkan, seramai 6,742 graduan menerima ijazah pada konvokesyen kali ini.

Katanya, seramai 5,539 adalah graduan peringkat Sarjana Muda manakala 1,126 pascasiswazah.

"Daripada 5,539 graduan sarjana muda, seramai 1,681 adalah graduan kelas pertama. Seramai 84 graduan menerima pelbagai anugerah kecemerlangan akademik dan pingat," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1322050/graduan-uum-diminta-kongsi-bakat-kemahiran-untuk-manfaat-masyarakat





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.056252 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list