CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17770|Reply: 1

[Kedah] Pintu tandas tumbang sebaik disentuh, Asyraf Wajdi terjah MRSM Langkawi

[Copy link]
Post time 11-11-2024 12:22 PM | Show all posts |Read mode
Pintu tandas tumbang sebaik disentuh, Asyraf Wajdi terjah MRSM Langkawi

Hamzah Osman - November 11, 2024 @ 10:48am[email protected]




Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki memeriksa sinki di asrama puteri ketika melakukan terjahan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi. - Foto FB Dr Asyraf Wajdi Dusuki




LANGKAWI: Pengerusi MARA Datuk Asyraf Wajdi Dusuki turun padang ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi bagi memeriksa tandas dan beberapa fasiliti di sekolah itu, semalam.

Ketika pemeriksaan itu, beliau turut dikejutkan apabila satu pintu tandas tumbang sebaik disentuh selain beberapa tandas lain tiada pintu, selain lampu dan sinki tidak berfungsi.

Perkongsian beliau di Facebook dan TikTok itu memaklumkan kehadirannya di luar pengetahuan pengurusan MRSM Langkawi berikutan banyak aduan diterima daripada ibu bapa pelajar.
"Call (telefon) pengetua beritahu saya sampai. Terpinga-pinga pengawal keselamatan tatkala saya tiba di pondok pengawal. Nasib baik dia tak tanya banyak seperti di MRSM lain sebab dia cam saya.

"Memang saya tak maklumkan langsung kehadiran saya kerana pagi tadi (semalam) sengaja saya ambil flight (penerbangan) ke Langkawi untuk #TerjahMRSM Langkawi, sebelum naik bot ke Kuala Perlis mengadap Raja Perlis sebelah tengah hari," katanya.



Tangkap layar menunjukkan pintu tandas tumbang selepas disentuh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki ketika memeriksa tandas di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi. - Foto FB Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Antara aduan diterima termasuk kerosakan tandas yang berlarutan, masalah bekalan air yang meruncing, tray makanan tidak dicuci sempurna dan lain-lain isu membabitkan kebajikan pelajar.

"Ternyata sebahagian aduan mereka ada kebenarannya. Berkali-kali saya pesan pada pihak pengurusan MRSM mahupun Institusi Pendidikan MARA lain agar beri keutamaan permohonan peruntukan untuk penyelenggaraan fasiliti asas yang membabitkan kebajikan pelajar dan guru termasuk tandas, peralatan belajar, asrama serta kelas.

"Masalah air di Pulau Langkawi yang tiada berkesudahan juga menyebabkan pihak Majlis Mara dan pengurusan telahpun meluluskan peruntukan khas bagi memastikan bekalan air tidak putus seperti penambahan tong menyimpan air dan juga membiayai kos lori air Syarikat Air Darul Aman (Sada)," tulisnya dalam Facebook.

Pada akhir perkongsian itu, Asyraf Wajdi berdoa dan yakin MRSM Langkawi kembali menjadi MRSM terbaik untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan datang menerusi komitmen guru dan sikap positif pelajar.



Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki memeriksa tandas di asrama puteri ketika melakukan terjahan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi.- Foto FB Dr Asyraf Wajdi Dusuki




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-11-2024 12:29 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.444960 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list