Akta baharu pantau pemberi pinjaman institusi bukan bank dikeluarkan tahun depan
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
11 November 2024 11:55am
Amir Hamzah
GEORGE TOWN - Kerajaan akan mengeluarkan akta baharu berhubung pinjaman wang yang ditawarkan oleh institusi bukan bank dalam mengawal pemberian pinjaman kepada peminjam.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, akta itu penting kerana semua sistem kewangan yang ada ketika ini adalah di bawah kawal selia Bank Negara.
"Ini ada satu benda penting untuk kita tangani dan kita rasa dalam sistem kewangan yang ada kini, ada pengawal selia yang wujud untuk mengawal selia sebarang yang keluar daripada siatem pembankan, yang mana Bank Negara yang mengawalnya.
"Apa-apa yang keluar daripada segi pasaran modal, Suruhanjaya Sekuriti adalah pengawal selianya. Dalam usaha kerajaan untuk menangani yang mungkin yang tidak tersedia terkawal, ada kredit akta yang akan keluar tidak lama lagi tahun depan," katanya di Market Outlook Propelling Malaysia Forward Penang di sini pada Isnin.
Tambah beliau, akta tersebut akan memudahkan kerajaan dan Bank Negara untuk mengenalpasti sebarang isu yang timbul daripada pinjaman yang dibuat oleh pihak berkenaan.
"Akta yang akan dikeluarkan ini nanti adalah untuk kita mengawal pemberian pinjaman, sistem beli sekarang bayar kemudian dan sebagainya.
"Ia lebih senang untuk kita tengok atau mengenalpasti apa-apa isu yang keluar (daripada pemberian pinjaman oleh institusi bukan bank)," katanya lagi.
https://www.sinarharian.com.my/article/695882/berita/nasional/akta-baharu-pantau-pemberi-pinjaman-institusi-bukan-bank-dikeluarkan-tahun-depan
|