CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32971|Reply: 0

[Kedah] Kedudukan kewangan negara kukuh faktor bantuan dapat diagihkan

[Copy link]
Post time 11-11-2024 05:02 PM | Show all posts |Read mode
Kedudukan kewangan negara kukuh faktor bantuan dapat diagihkan

Noorazura Abdul Rahman[email protected]




Saifuddin berucap pada Majlis penyampiaan sumbangan Ihsan YAB Perdana Menteri kepada Pesawah yang terlibat bencana banjir fasa 1 di negeri Kedah di Pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) . FOTO WAN NABIL NASIR.




Alor Setar: Kedudukan kewangan negara yang kukuh antara faktor kerajaan dapat menyalurkan bantuan segera terutama membabitkan bencana yang menjejaskan rakyat.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keupayaan kerajaan menguruskan kewangan dengan baik secara tidak langsung menyumbang kepada kestabilan politik dan menarik pelabur luar.

"Sudah tentu sebuah kerajaan yang adil akan mengutamakan kebajikan rakyat yang berdepan musibah berbanding perkara lain.

"Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa mempelawa pelabur asing untuk melabur ke Malaysia atas faktor politik negara stabil biarpun ada perbezaan pendapat namun dapat diuruskan dengan baik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan sumbangan ihsan Perdana Menteri kepada pesawah yang terkesan akibat bencana banjir, di sini, hari ini.

Saifuddin yang juga Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kedah berkata, kedudukan kewangan negara yang stabil dicapai hasil daripada penekanan Perdana Menteri agar mengawal perbelanjaan negara.

Menurutnya, kerajaan juga tidak berbelanja secara boros selain sangat fokus dalam mengekang rasuah dan penyelewengan.

"Bantuan boleh dikeluarkan selagi kedudukan kewangan kerajaan dalam keadaan baik.

"Bila ditimpa ujian banjir di beberapa negeri, ketika itulah kita perlu segera salurkan bantuan. Inilah yang kita lakukan selepas Perdana Menteri umumkan bantuan RM13 juta kepada Kedah," katanya.



Disiarkan pada: November 11, 2024 @ 4:35pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1153873/kedudukan-kewangan-negara-kukuh-faktor-bantuan-dapat-diagihkan




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.034679 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list