CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33749|Reply: 0

[Pulau Pinang] Penjaja ditahan bersama dua pucuk pistol, peluru

[Copy link]
Post time 11-11-2024 05:04 PM | Show all posts |Read mode
Penjaja ditahan bersama dua pucuk pistol, peluru

Zuhainy Zulkiffli[email protected]




SUSPEK (baju putih) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, bagi mendapatkan permohonan reman. FOTO Zuhainy Zulkiffli




Georgetown: Polis menahan penjaja sebelum merampas dua pucuk pistol serta peluru menerusi serbuan di negeri ini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, lelaki berusia 48 tahun itu ditahan di Jalan Sultan Azlan Shah di sini.

Katanya, berpandukan maklumat daripada suspek, polis merampas dua pucuk pistol dan beberapa peluru dalam kereta milik lelaki itu.

"Hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku miliki pistol itu bagi tujuan perlindungan diri namun kita masih jalankan siasatan lanjut.

"Semakan lanjut juga mendapati suspek memiliki sembilan rekod lampau," katanya di sini, hari ini.

Sebelum itu, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown hari ini, bagi mendapatkan permohonan reman.

Majistret Shyahirah Abdul Salim membenarkan suspek direman selama tujuh hari sehingga 17 November ini bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.



Disiarkan pada: November 11, 2024 @ 4:08pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1153858/penjaja-ditahan-bersama-dua-pucuk-pistol-peluru




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.589476 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list