CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34321|Reply: 0

[Kedah] Lebih 4,000 pesawah terima sumbangan PM

[Copy link]
Post time 11-11-2024 05:08 PM | Show all posts |Read mode
Lebih 4,000 pesawah terima sumbangan PM

Noorazura Abdul Rahman[email protected]



SAIFUDDIN Nasution Ismail bergambar bersama penerima pada majlis sumbangan Ihsan YAB Perdana Menteri kepada Pesawah. FOTO Wan Nabil Nasir


Alor Setar: Seramai 4,233 pesawah yang terjejas akibat banjir di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) pada September lalu menerima sumbangan ihsan Perdana Menteri berjumlah keseluruhan RM4.23 juta.

Pengerusi Mada Datuk Dr Ismail Salleh berkata, sumbangan itu untuk membantu meringankan beban pesawah bagi memulakan musim tanaman kedua yang dijangka bermula hujung bulan ini.

"Mengikut bancian, keseluruhan peladang yang terlibat adalah seramai 4,233 orang dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) bersetuju untuk memberi sumbangan RM1,000 setiap orang.

"Daripada 27 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), 21 PPK terlibat membabitkan keseluruhan kerugian lebih RM29.43 juta," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan wang ihsan berkenaan di Ibu Pejabat Mada, di sini, hari ini.

Penyerahan itu disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang juga Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kedah.

Dr Ismail berkata, Mada turut akan menyalurkan bantuan menerusi Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) kepada pesawah yang terjejas akibat bencana itu .

Katanya, perkara itu sudah dikemukakan kepada kementerian dan berada di peringkat akhir untuk kelulusan sebelum dapat diagihkan kepada penerima yang layak.

"Duit sumbangan ihsan Perdana Menteri dengan ditambah bantuan TBTP dalam masa terdekat, insya-Allah akan dapat mengurangkan bebanan peladang kita untuk mengerjakan bendang pada musim akan datang," katanya.

Sementara itu, penerima Aziz Hussein, 57, berkata dia berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana sumbangan ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban untuk tanaman padi musim kedua.

"Kawasan padi yang terjejas sebanyak lima relung (hampir dua hektar), hasil yang diperoleh daripada kawasan terjejas itu hanya satu relung, memang tak balik modal, terpaksa tambah lagi modal untuk tampung kerugian," katanya.



Disiarkan pada: November 11, 2024 @ 4:00pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1153851/lebih-4000-pesawah-terima-sumbangan-pm




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.056918 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list