CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34656|Reply: 0

[Kedah] Aktivis politik buat laporan polis, dakwa difitnah pendakwah selebriti

[Copy link]
Post time 11-11-2024 05:55 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 11-11-2024 05:57 PM

Aktivis politik buat laporan polis, dakwa difitnah pendakwah selebriti

WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
11 November 2024 04:37pm




Zamil pada satu sidang akhbar di Alor Setar pada Isnin.




ALOR SETAR - Seorang aktivis politik buat laporan polis pada Ahad mendakwa dirinya difitnah oleh seorang pendakwah selebriti yang membuat laporan rasuah terhadapnya sebelum ini.

Aktivis tersebut, Zamil Ibrahim berkata, laporan polis dibuat bagi membersihkan namanya selepas ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, laporan tersebut dibuat di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di sini dengan mendakwa laporan SPRM dibuat oleh pendakwah seleberiti itu bertujuan merosakkan kredibiliti dan karier politiknya.

"Laporan SPRM oleh pendakwah terlibat saya anggap palsu dan fitnah jahat, satu penganiayaan, merosakkan kredibiliti malah cubaan menjejaskan karier politik saya di mata pemimpin yang saya hormati," katanya pada satu sidang akhbar pada Isnin.

Dakwa Zamil, laporan SPRM tersebut itu juga menjejaskan nama baik polis termasuk IPD Dang Wangi Kuala Lumpur berhubung satu laporan polis yang dibuatnya pada 20 Oktober tahun lalu berkaitan penyalahgunaan wang derma orang ramai oleh pendakwah berkenaan.

Menurutnya, tuduhan ke atas dirinya yang seolah-olah boleh mengarahkan pihak berkuasa menghentikan siasatan terhadap pendakwah berkenaan adalah tidak wajar.

"Saya dihubungi pendakwah tersebut dua minggu lepas untuk berjumpa bagi menyelesaikan pertelingkahan antara kami.

"Saya tidak pernah menjangkakan pertemuan kedua saya dengan pendakwah berkenaan di masjid tersebut bersama wang dan rombongan SPRM Kedah.


"Saya tidak pernah sama sekali meminta wang, menetapkan harga atau meminta apa-apa. Beliau hadir di pekarangan masjid untuk bertemu pada 5 November lepas setelah saya selesai solat jenazah dan membawa wang," dakwanya lagi.

Zamil mendakwa bahawa selepas pertemuan tersebut, rombongan SPRM Kedah tiba dan menyatakan berlaku cubaan merasuah.


Pada Rabu lalu, media melaporkan, seorang aktivis politik bersama dua lagi individu direman empat hari sehingga 9 November bagi membantu siasatan SPRM.

Ketiga-tiga suspek ditahan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti konon bagi membantu menyelesaikan kes penggubahan wang haram (AMLA) membabitkan dirinya yang sedang dalam siasatan polis.

https://www.sinarharian.com.my/article/695962/berita/semasa/aktivis-politik-buat-laporan-polis-dakwa-difitnah-pendakwah-selebriti


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.874251 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list