CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35578|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Nafi amal ajaran Aurad Muhammadiah

[Copy link]
Post time 12-11-2024 05:53 PM | Show all posts |Read mode

GHAZALI (kiri) dan Lufti (tengah) masing-masing didakwa atas pertuduhan mengamalkan zikir Aurad Muhammadiah. FOTO Azrul Edham

Seremban: Pembantu mudir dan pengerusi madrasah didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, hari ini, atas pertuduhan mengamalkan zikir Aurad Muhammadiah yang bertentangan dengan hukum syarak.

Bagaimanapun kedua-dua tertuduh, Muhammad Ghazali Othman, 54, dan Lutfi Mohamad Hamin, 58, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Syarie Zulfikri Yasoa selepas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, mereka didapati mengamalkan bacaan zikir Aurad Muhammadiah yang merupakan perbuatan berlawanan dengan hukum syarak.

Pembantu mudir, Muhammad Ghazalyi didakwa melakukan kesalahan itu dari hujung 2022 hingga September 2024 di sebuah madrasah di Kampung Senama, Rembau.

Manakala pengerusi madrasah, Lutfi didakwa melakukan perbuatan berkenaan di madrasah di Kampung Ulu Beting, Kuala Pilah dari Disember 2021 hingga September 2024.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 dan jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau dipenjara selama tempoh maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Pendakwa Syarie, Rohaizad Redzuan memohon bon jaminan sebelum ini sebanyak RM2,000 terhadap Ghazalyi dikekalkan manakala Pendakwa Syarie Mohd Azizuddin Abdullah Halim memohon jaminan RM5,000 terhadap Lutfi.

Mahkamah bersetuju dengan permohonan Rohaizad manakala Lutfi dibenarkan diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin warga tempatan.

Perbicaraan ditetapkan pada 4 Februari 2025 bagi Muhammad Ghazali dan 22 Januari 2025 bagi Lutfi.

Sementara itu, Lutfi dengan seorang lagi mudir sebuah madrasah di Kampung Senama, Rembau, Ahmad Azam Jaafar, 46, mengaku bersalah di mahkamah sama atas pertuduhan menguruskan sekolah Islam di negeri ini tanpa perakuan Pendaftar Sekolah Islam.

Lutfi didakwa melakukan kesalahan itu dari Disember 2021 hingga September 2024 manakala Ahmad Azam melakukannya dari Februari 2023 hingga September 2024 di madrasah sama.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 22 Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam Negeri Sembilan 1966.

Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan denda tidak lebih RM2,000 dan penjara tidak melebihi setahun.

Mahkamah memerintahkan hukuman denda RM1,700 kepada setiap tertuduh dan jika gagal bayar, penjara dua bulan dan madrasah tidak dibenarkan beroperasi sehingga mendapat kebenaran.


Disiarkan pada: November 12, 2024



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.050819 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list