CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35725|Reply: 0

[Johor] Kerana hutang buah RM15,000, 'badan binasa'

[Copy link]
Post time 12-11-2024 05:56 PM | Show all posts |Read mode

Pembekal buah, Lai Kwan Hock didenda RM2,000 selepas mengaku tendang dan pukul lelaki kerana hutang. FOTO Alias Abd Rani

Batu Pahat: Pembekal buah yang juga warga emas didenda RM2,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Yong Peng, di sini, tadi, atas dua pertuduhan menceroboh rumah dan mencederakan seorang lelaki.

Majistret Suhaila Shafi'uddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Lai Kwan Hock, 61, selepas kedua-dua pertuduhan dibaca dikemukakan oleh jurubahasa terhadapnya.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan niat menceroboh rumah didiami lelaki berusia 31 tahun tanpa kebenarannya di Taman Muhibbah, Yong Peng, di sini, 4 petang, 11 November lalu.

Untuk pertuduhan ini, dia didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap mangsa sama dengan semua kejadian berlaku pada tarikh, waktu dan lokasi sama.

Oleh itu, dia boleh dipenjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh bertandang ke rumah itu untuk menuntut hutang membekal buah-buahan daripada adik mangsa.

Bagaimanapun, ketika kedatangan tertuduh, adik mangsa tiada di rumah dan berlaku kekecohan selepas dia tidak berpuas hati kerana gagal menemui lelaki itu.

Berlaku kekecohan sebelum tertuduh bertindak menumbuk muka dan menendang kaki mangsa hingga cedera.

Siasatan mendapati, tertuduh marah dan berang adik mangsa gagal melunaskan hutang buah yang tertunggak sebanyak RM15,000 yang dibekalkan kepadanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahidah Mohd Sharip manakala tertuduh diwakili Tan Song Yan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Selepas mendengar rayuan dan hujahan kedua-dua pihak mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM1,000 bagi setiap pertuduhan dikenakan terhadap tertuduh.

Pada masa sama, mahkamah juga memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda terbabit.


Disiarkan pada: November 12, 2024





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.039784 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list