CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14086|Reply: 0

[Perlis] JKN Perlis ambil pendekatan tiada sajian air bergula dalam mesyuarat, ganti air kosong

[Copy link]
Post time 13-11-2024 02:04 PM | Show all posts |Read mode
JKN Perlis ambil pendekatan tiada sajian air bergula dalam mesyuarat, ganti air kosong

Aizat Sharif[email protected]





Tiada lagi sajian air bergula seperti kopi dan teh sebaliknya digantikan dengan hidangan minuman air masak atau air kosong sahaja. FOTO AIZAT SHARIF




Kangar: Tiada lagi sajian air bergula dalam jamuan mesyuarat sebaliknya digantikan dengan minuman air masak atau air kosong saja.

tu adalah pendekatan dilakukan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis pada setiap jamuan atau kudapan selepas mesyuarat dalam menjayakan usaha kerajaan terhadap inisiatif 'Perang Terhadap Gula' yang diperkenalkan pada Jun lalu.

Pengarah Kesihatan Perlis, Dr Ghazali Chik berkata, langkah itu juga adalah selepas Perlis menjadi antara tiga negeri yang mempunyai kadar obesiti dan diabetes tertinggi akibat pengambilan gula berlebihan.

"Di peringkat negeri ini sebenarnya, kita sudah memulakannya secara dalaman di mana jamuan atau sajian kudapan selepas sesi mesyuarat tidak lagi disediakan minuman seperti teh dengan gula diletakkan sekali dalam minuman itu.

"Sebaliknya, kita hanya sediakan air kosong sebagai minuman atau setidak-tidaknya mengasingkan gula di sebelah hidangan teh kosong yang memberi pilihan pengambilan kepada kakitangan kita mengikut kadar minimum.

"Malah dalam hal 'War On Sugar' ini juga, pendekatan yang dilakukan kita bersama Exco Kesihatan Negeri (Megat Hashirat Hassan) adalah dengan memberi penerangan mengenai kempen ini dan perancangan aktiviti yang hendak kita sampaikan kepada agensi kerajaan persekutuan dan negeri yang lain selepas ini," katanya selepas program Santai Petang Pengarah Kesihatan Negeri Perlis bersama Media Negeri Perlis di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perlis, di sini semalam.

Katanya, setakat ini perjalanan kempen sudah pun diperluaskan dengan mengadakan sesi penerangan secara langsung bersama wakil jabatan peringkat persekutuan dan negeri.

Dr Ghazali berkata, perkara paling mudah yang dapat diamalkan kepada setiap jabatan ialah mengurangkan atau menyekat pengambilan gula secara berlebihan menerusi sesi jamuan atau kudapan selepas mesyuarat.

"Kita juga menggunakan pendekatan 'Gula: 1 Sudu Teh Dah Cukup, Kurang Lebih Baik, Tiada Terbaik' sebagai 'tagline' kita untuk kempen ini bagi menyedarkan orang ramai mengenai bahaya pengambilan gula berlebihan," katanya.



Disiarkan pada: November 13, 2024 @ 1:31pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1154501/jkn-perlis-ambil-pendekatan-tiada-sajian-air-bergula-dalam-mesyuarat-ganti




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.066343 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list