CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33774|Reply: 0

[Kedah] Tambah pendapatan pesawah dengan menjual jerami padi

[Copy link]
Post time 13-11-2024 05:16 PM | Show all posts |Read mode
Tambah pendapatan pesawah dengan menjual jerami padi

Noorazura Abdul Rahman[email protected]




KETUA pegawai eksekutif Free The Seed , Ramaness Parasuraman (kanan) menunjukkan bahan jerami yang di gunakan untuk membuat bahan kotak




Gurun: Atas kesedaran mahu mengelak alam sekitar tercemar dengan pembakaran jerami padi secara terbuka, sekumpulan petani di kawasan Pendang memilih memanfaatkan sisa pertanian itu kepada produk bekas makanan yang boleh terbiodegrasi.

Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pendang Selatan, Abdullah Mohamad, 58, berkata, alternatif itu bukan saja menyelamatkan alam sekitar malah ia kini menjadi sumber pendapatan sampingan pesawah apabila setiap tan jerami dijual dengan harga RM450 kepada syarikat yang beroperasi di Gurun.

Katanya, langkah itu juga dapat mengurangkan kesan pemanasan global malah sebagai pesawah di luar kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada), mereka bergantung kepada air hujan.

"Kami gembira kerana bukan saja dapat duit dengan menjual jerami tapi turut memainkan peranan dalam mengurangkan pembebasan gas rumah hijau (GHG) seperti karbon dioksida selain partikal asap yang menyumbang kepada pemanasan global.

"Keadaan kemarau yang panjang sebelum ini turut memberi kesan kepada pengairan sawah di luar kawasan Mada termasuk kepada hasil padi apabila penanaman padi musim kedua Oktober tahun lalu kurang menjadi," katanya.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Biokimia Tumbuhan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) itu ditemui pada sidang media di sini, semalam, selepas dipilih syarikat berkenaan bersama seorang lagi rakannya Keria Saad, 60, untuk menyertai Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCC) di Baku, Azerbaijan bermula 17 hingga 20 November depan.

Dia yang sudah 32 tahun menjadi pesawah berkata, akibat perubahan cuaca yang tidak menentu, ramai pesawah di kawasan PPK Pendang Selatan memilih tidak menanam padi pada musim pertama April lalu.

Katanya, keadaan itu menyebabkan hasil padi kawasan itu menurun dengan ketara iaitu daripada 4,000 tan kepada antara 500 hingga 1,000 tan saja musim lalu.

"PPK juga terjejas kerana pesawah tidak membayar balik pinjaman mereka sebelum ini," katanya.



Disiarkan pada: November 13, 2024 @ 2:37pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1154541/tambah-pendapatan-pesawah-dengan-menjual-jerami-padi




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.051010 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list