CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 72005|Reply: 0

[Kedah] Dua pegawai JKR Langkawi sepatutnya hadir kenduri kahwin, hari ini

[Copy link]
Post time 17-11-2024 12:47 AM | Show all posts |Read mode
Dua pegawai JKR Langkawi sepatutnya hadir kenduri kahwin, hari ini



Zuliaty Zulkiffli[email protected]




Pengarah JKR Negeri Kedah, Ir. Mohd Fisal Ismail bercakap kepada pemberita pada majlis pengebumian kakitangan, Arwah Mohamad Khairul Hakim Hamidi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit. Kemarin media melaporkan Tiga peserta lemas ketika melakukan aktiviti berakit di Sungai Kampar. FOTO WAN NABIL NASIR.




Pokok Sena: Dua pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) Langkawi yang lemas di Sungai Jahang, Gopeng di Perak semalam dipercayai mahu menghadiri majlis perkahwinan bekas ketua mereka.

Pengarah JKR Kedah, Ir Mohd Fisal Ismail berkata, Muhammad Ikram Abdul Bari, 29, dan Muhamad Khairul Hakim Hamidi, 37, dipercayai datang ke Perak bersama lima lagi pegawai JKR Langkawi sejak semalam.

Menurutnya, mereka sepatutnya pulang ke Langkawi, hari ini selepas selesai menghadiri majlis kenduri itu kerana esok adalah hari bekerja.

"Mereka dikatakan singgah ke kawasan itu untuk beriadah dan menyertai pasukan JKR Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang yang ketika itu melakukan 'team building' aktiviti berkait redah jeram di Sungai Jahang, Gopeng.

"Namun ,tak sangka kejadian itu berlaku menyebabkan dua kakitangan JKR Kedah yang bertugas di Langkawi meninggal dunia akibat lemas.

"Kami berasa kehilangan mereka, malah ramai yang datang hari ini untuk menghadiri majlis pengebumian kedua-dua arwah di Jitra dan Pokok Sena," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Fisal berkata, kali terakhir dia bertemu dengan Allahyarham Muhamad Khairul Hakim dalam satu program di negeri ini kira-kira tiga minggu lalu.

Katanya, dia difahamkan mereka akan ke majlis kenduri perkahwinan di Perak, hari ini.

"Mereka singgah bermalam di Gopeng sebelum bercadang ke kenduri itu, tapi saya tak pasti sama ada lokasinya di antara Langkap atau Teluk Intan.

"Susulan daripada itu, JKR Kedah akan menyalurkan sumbangan 'one off' kepada keluarga mangsa selain bantuan lain termasuk akan menguruskan perpindahan ahli keluarga dari Langkawi ke sini.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua termasuk JKR Perak dan Pulau Pinang yang membantu kedua-dua pegawai kami sejak semalam," katanya yang gagal menahan sebak.



Disiarkan pada: November 16, 2024 @ 3:10pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1155747/dua-pegawai-jkr-langkawi-sepatutnya-hadir-kenduri-kahwin-hari-ini





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.052182 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list