CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9288|Reply: 0

[Sarawak] Perkhidmatan Bas Pintar Percuma di bandar raya Miri akan diteruskan

[Copy link]
Post time 19-11-2024 09:46 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Perkhidmatan Bas Pintar Percuma di bandar raya Miri akan diteruskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), kata Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin.

Menurutnya, sebanyak 14 unit bas pintar di Miri telah dilancarkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada bulan Oktober lalu, menjadikan Miri sebagai bandar pertama di Sarawak yang menawarkan perkhidmatan bas awam percuma.

“Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada Program Bas Pintar Miri dengan peruntukan RM10 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) untuk tempoh awal dua tahun, dan ia akan diteruskan di bawah RMK13,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Lee berkata bas pintar baharu ini dibeli oleh Miri City Bus Sdn Bhd untuk menggantikan bas lama dengan matlamat meningkatkan mobiliti bandar dan menyediakan perkhidmatan bas berkualiti kepada rakyat.

“Perkhidmatan ini dijangka memberi manfaat besar kepada golongan B40, pelajar, dan warga emas dengan meningkatkan aksesibiliti.

“Selain itu, ia juga menjadi tarikan tambahan kepada pelancong kerana memudahkan pergerakan mereka di sekitar bandar, sekali gus meningkatkan daya tarikan Miri sebagai bandar pelancongan,” ujarnya.

Jelas Lee, bas baharu Volvo sepanjang 12 meter ini, yang mampu menampung sehingga 54 penumpang bukan sekadar kenderaan biasa.

“Ia melambangkan sebahagian penting visi kita untuk Sarawak dan komitmen kita dalam menyediakan sistem pengangkutan awam yang bersepadu, selamat, mampu milik, dan efisien.

“Inisiatif ini juga selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Greater Miri serta menyokong usaha Kementerian saya di bawah Pelan Tindakan Pengangkutan Bandar Miri,” katanya.

Selain itu, ujarnya, bas-bas ini turut dilengkapi dengan Sistem Penentududukan Global (GPS), kamera litar tertutup (CCTV), Wi-Fi on board iaitu kotak hitam yang merangkumi ciri seperti rakaman data kenderaan, unit telematik, sistem pemantauan pemandu, serta reka bentuk ramp rendah yang mesra orang kurang upaya (OKU).

Beliau berkata, teknologi Bus Signal Priority (BSP) telah pun dipasang pada enam unit bas dan lulus Proof of Concept (PoC) manakala bakinya, lapan unit bas lagi akan dipasang secara berperingkat.

“Langkah ini akan meningkatkan aliran trafik dan mengurangkan kelewatan semasa bas menghampiri persimpangan lampu isyarat dan memastikan perkhidmatan yang lebih lancar untuk penumpang.

“Laluan yang ditawarkan termasuk Permy Jaya dengan empat unit bas, Sungai Rait/Bakam (satu bas), RTM/Pujut 2 (satu bas), Kuala Baram (satu bas), Hospital (satu bas), Riam/Taman Tunku (dua bas), Senadin (dua bas) dan Tudan (dua bas),” ujarnya.

Sejak pelancaran perkhidmatan bas percuma ini, Lee berkata, inisiatif tersebut telah menerima sambutan yang sangat positif daripada orang ramai.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.044082 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list