CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22123|Reply: 0

[Sarawak] Orang ramai digesa sentiasa amal gaya hidup sihat kurangkan risiko diabetes

[Copy link]
Post time 19-11-2024 12:28 PM | Show all posts |Read mode


RASMI: Lau (empat kanan) menyempurnakan perasmian sambutan Hari Diabetes Sedunia 2024 di Taman Tasik Permai, Sibu hari ini.

SIBU: Orang ramai digesa agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat untuk mengurangkan risiko diabetes yang kini berada di tahap membimbangkan.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Alice Lau berkata, menguruskan diabetes bukan hanya tentang ubat, tetapi mengekalkan amalan sihat yang akan membantu meningkatkan kualiti hidup.

"Pemakanan yang sihat, senaman yang kerap, pengurusan tekanan dan pemeriksaan perubatan yang kerap semuanya memainkan peranan.

"Marilah kita bekerjasama untuk menggalakkan kesedaran diabetes dan kesihatan jantung," katanya ketika merasmikan Hari Diabetes Sedunia 2024 di Taman Tasik Permai di sini, hari ini.

Program itu dianjurkan oleh Unit Endokrin dan Diabetes Hospital Sibu, Yayasan Jantung Sarawak dan Lembaga Kesihatan Bahagian Sibu.

Ahli Parlimen Lanang itu berkata, diabetes bukan hanya satu keadaan yang menjejaskan gula darah, tetapi ia juga menjejaskan jantung, buah pinggang, penglihatan, saraf dan bahagian badan lain.

"Di Malaysia hampir satu dalam lima orang menghidap diabetes dan jumlah ini meningkat dengan hampir separuh daripada individu terbabit tidak menyedari mereka menghidap diabetes.

"Bagi menyemai gaya hidup sihat, Dewan Rakyat telah melancarkan inisiatif Hari Tanpa Gula pada setiap Rabu," jelasnya.

Katanya, penyakit jantung adalah punca utama kematian bagi mereka yang menghidap diabetes dan ini bukan sekadar statistik tetapi ia adalah seruan untuk bertindak.

"Ini adalah panggilan untuk meningkatkan kesedaran, menggalakkan pencegahan, menyediakan pemeriksaan awal dan sokongan untuk mereka yang sudah menghidap diabetes," katanya.

Turut hadir Pengarah Hospital Sibu Dr Nanthakumar Thirunavukkarasu dan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Jantung Sarawak Dato Anne Teng.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.077435 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list