View: 30134|Reply: 14
|
613 polis kena buang kerja sejak 2020. Keseluruhan 6,646 anggota kena tatatertib - Timbalan Ketua Polis Negara
[Copy link]
|
|
KUANTAN: Seramai 6,646 pegawai kanan dan rendah polis telah dikenakan tindakan tatatertib atas pelbagai kesalahan sejak 2020 hingga September lalu, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Beliau berkata antara hukuman dikenakan ialah buang kerja membabitkan 613 individu, turun pangkat (120), turun gaji (68), lucut hak emolumen (641) dan tangguh pergerakan gaji sebanyak 152 orang.
Antara kesalahan yang dilakukan katanya merangkumi aspek integriti, jenayah, rasuah, dadah dan syariah.
"Kalau ada maklumat pembabitan polis sama ada anggota atau pegawai berkenaan salah laku di mana pun boleh berhubung dan salurkan maklumat kepada saya.
"Saya akan susulkan dengan tindakan dan pastikan identiti anda (pemberi maklumat) dilindungi," katanya menyampaikan ceramah Pembudayaan Integriti Dalam Kalangan Penjawat Awam Sempena Sambutan Hari Integriti Peringkat Majlis Bandaraya Kuantan 2024, hari ini.
Sementara itu, ketika ditemui pemberita Ayob Khan berkata dalam memulihkan keyakinan masyarakat terhadap pasukan sang saka biru itu tindakan tegas harus diambil terhadap polis yang terbabit dalam kegiatan salah laku tanpa mengira pangkat.
Menurut beliau sekiranya langkah berkenaan gagal dilaksanakan, kepercayaan masyarakat dan rasa hormat terhadap polis akan terhakis.
"aling penting sebab itu selalu saya tekankan kita ambil tindakan jangan kira pangkat dan kedudukan, …sebagai pemimpin pula jangan hanya nak popular dan takut nak ambil tindakan," katanya.
Sumber - Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Aku jadi benci kt dia ni pas baca ES
Ytjt |
|
|
|
|
|
|
|
OK. Sekarang we ol nak tgk the breakdown. Berapa ramai pegawai, berapa ramai anggota.
Kendian, we ol juga nak tgk hukuman yg diberi kpd pegawai dan hukuman yg diberi kepada anggota.
|
|
|
|
|
|
|
|
Gaji polis kena dinaikkan supaya setara dengan kerjaya kerjaya profesional lain supaya dapat menarik budak budak pandai dan berdisiplin untuk menyertai polis. |
|
|
|
|
|
|
|
agree. iols rasa mcm mostly yg masuk polis mcm budak2 kelas belakang kan? tlglah yg pandai2 plak masuk.
|
|
|
|
|
|
|
|
primarikey: Aku jadi benci kt dia ni pas baca ESYtjt
cer cite.. ceciter
|
|
|
|
|
|
|
|
BoongaKertas replied at 20-11-2024 08:52 AM
agree. iols rasa mcm mostly yg masuk polis mcm budak2 kelas belakang kan? tlglah yg pandai2 plak ma ...
Masalahnya, budak2 pandai masuk utk pemilihan payah nak dapat. Budak SPM pangkat 3 senang pula terpilih.. |
|
|
|
|
|
|
|
oh yeke chuols? xtau plak iols yg tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Antara kesalahan yang dilakukan katanya merangkumi aspek integriti, jenayah, rasuah, dadah dan syariah.
menyundels ke
|
|
|
|
|
|
|
|
so sad keje elok2 la bam pulis |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak cadangkan polis yg keluar balai tu semua kalau meronda mesti pakai vest yg ada tulis nombor badan tu besar2 dekat belakang.. biar senang org nak identify / snap record dari jauh bila nampak meragukan tu.. berani tak? |
|
|
|
|
|
|
|
asmurai replied at 20-11-2024 08:14 AM
Gaji polis kena dinaikkan supaya setara dengan kerjaya kerjaya profesional lain supaya dapat menarik ...
budak pandai mana nk jd polis....mestila...cita2 saya nak jadi:
-doktor
-jurutera
-lawyer
-akauntan
-dan lenlain bidang pro.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Definisi TATA TERTIB di Kamua Besar Bahasa Indonesia...
Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI), tata tertib adalah peraturan-peraturan yang harus ditaati atau dilaksanakan.
Kata tata tertib berasal dari dua kata, yaitu tata dan tertib:
Tata berarti aturan, kaidah, susunan, atau cara menyusun sistem.
Tertib berarti teratur menurut aturan atau rapi.
Tata tertib dibuat untuk mencapai kondisi dan keadaan yang aman dan nyaman bagi semua orang yang berada di lingkungan tersebut. Tata tertib yang berlaku di suatu lingkungan, seperti sekolah, harus ditaati oleh seluruh anggota lingkungan tersebut, termasuk peserta didik, guru, dan karyawan.
Tata tertib biasanya memuat tiga unsur, yaitu:
1. Perbuatan atau perilaku yang diharuskan
2. Akibat atau sanksi yang menjadi tanggung jawab pelaku atau pelanggar tata tertib
3, Cara atau prosedur untuk menyampaikan tata tertib |
|
|
|
|
|
|
|
Definisi TATA TERTIB di Kamus Besar Bahasa Indonesia...
Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI), tata tertib adalah peraturan-peraturan yang harus ditaati atau dilaksanakan.
Kata tata tertib berasal dari dua kata, yaitu tata dan tertib:
Tata berarti aturan, kaidah, susunan, atau cara menyusun sistem.
Tertib berarti teratur menurut aturan atau rapi.
Tata tertib dibuat untuk mencapai kondisi dan keadaan yang aman dan nyaman bagi semua orang yang berada di lingkungan tersebut. Tata tertib yang berlaku di suatu lingkungan, seperti sekolah, harus ditaati oleh seluruh anggota lingkungan tersebut, termasuk peserta didik, guru, dan karyawan.
Tata tertib biasanya memuat tiga unsur, yaitu:
1. Perbuatan atau perilaku yang diharuskan
2. Akibat atau sanksi yang menjadi tanggung jawab pelaku atau pelanggar tata tertib
3, Cara atau prosedur untuk menyampaikan tata tertib
|
|
|
|
|
|
|
| |
|