CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10475|Reply: 0

[Sabah] 732 pesakit buah pinggang di Sabah menerima bantuan SBAM

[Copy link]
Post time 20-11-2024 12:49 PM | Show all posts |Read mode


JAMES

KOTA KINABALU: Seramai 732 pesakit buah pinggang di negeri ini direkodkan menerima bantuan Skim Bantuan Am (SBAM) setakat November tahun ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib berkata, penerima SBAM di seluruh Sabah adalah seramai 21,504 dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM4,719,740.

Katanya, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKA) menyediakan SBAM yang boleh dipohon oleh pesakit buah pinggang di bawah kategori B40 yang layak.

"Pemberian bantuan ini adalah untuk meringankan beban pesakit termasuklah kos membayar rawatan hemodialisis mereka," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Bagaimanapun kementeriannya setakat ini belum ada cadangan untuk mengecualikan pembayaran kos berjumlah RM13 untuk bayaran rawatan cuci buah pinggang.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Dumi Pg. Masdal (WARISAN-Silam) adakah kerajaan negeri mengambil inisiatif mengecualikan pembayaran rawatan cuci buah pinggang sebanyak RM13 untuk membantu pesakit buah pinggang dari golongan B40.

Menurutnya, setakat bulan Oktober tahun ini, Sabah merekodkan seramai 2,182 pesakit Kegagalan Buah Pinggang Tahap Akhir (End-stage Renal Failure-ESRF).

Katanya, daripada jumlah berkenaan, seramai 1,385 pesakit menjalani rawatan hemodialisis manakala 797 pesakit menjalani rawatan Dialisis Peritoneal Ambulatori Berterusan (Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis-CAPD).


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.036143 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list