CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16655|Reply: 0

[Sabah] Percepatkan naik taraf jalan Mangkaladom-Ruminding

[Copy link]
Post time 20-11-2024 01:23 PM | Show all posts |Read mode


ROSAK: Jalan Mangkaladom-Ruminding rosak teruk perlu dinaik taraf segera.

KOTA KINABALU: Kerajaan diminta supaya mempercepatkan proses menaiktaraf jalan raya dari Kampung Mangkaladom ke Kampung Ruminding sejauh lapan kilometer dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam.

Ketua Penyelaras Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Inanam, Datuk George Guntarik berkata sudah tiba masanya kerajaan memberi perhatian keluhan rakyat selepas 61 tahun Sabah merdeka.

Katanya, kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan belanjawan yang besar iaitu lebih RM6.6 bilion untuk melaksanakan pembangunan di Sabah tahun depan.

Menurutnya, jika dilihat jumlah peruntukan untuk Sabah, tiada sebab kerajaan negeri tidak dapat salurkan sedikit peruntukan untuk naiktaraf jalan Mangkaladom-Ruminding ini.

“Saya tidak pasti sama ada wakil rakyat Inanam sebelum ini pernah memohon atau merayu secara rasmi agar jalan ini dinaiktaraf.

“KDM Inanam melihat perkara ini sebagai antara keutamaan yang perlu diberi perhatian,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, pimpinan KDM Inanam membuat rayuan itu selepas menerima aduan dari beberapa penduduk Kampung Ruminding baru baru ini.

George berkata, rata-rata lebih 200 penduduk di situ mengharapkan pembaharuan, sekali gus membantu memastikan kehidupan yang lebih baik pada masa depan.
Terdahulu, jalan Mangkaladom-Ruminding ketika ini sangat teruk, lebih-lebih lagi jika berlaku musim hujan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.036643 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list