CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18331|Reply: 2

[Tempatan] Peniaga ayam goreng kunyit RM20 didenda RM10,000

[Copy link]
Post time 20-11-2024 02:26 PM | Show all posts |Read mode
Peniaga ayam goreng kunyit RM20 didenda RM10,000

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... m20-didenda-rm10000

Hamzah Osman
[email protected]

Disiarkan pada: November 20, 2024 @ 1:33pm


MAHKAMAH Sesyen Langkawi. FOTO Hamzah Osman.

Langkawi: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, menjatuhi hukuman denda RM10,000 terhadap seorang pemilik restoran kerana gagal menyimpan rekod belian dan jualan produk masakan seperti dikehendaki Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Tertuduh Asyuni Mastura Basri, 22, mengaku bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Allan Suman Pillai.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga pemilik premis Danau Bingkuong Enterprise di Jalan Pantai Chenang di sini, didakwa gagal menyimpan resit dan menyenggara rekod jualan dari Januari 2021 hingga 30 November 2023.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 53A(3) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, premis terbabit yang dimiliki tertuduh menjual masakan ayam goreng kunyit RM20 kepada orang awam dan isu itu tular di media sosial selepas dimuat naik pengadu pada 14 Januari lalu.

Selepas siasatan dibuat, tertuduh gagal mematuhi arahan pihak berkuasa yang dikeluarkan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 untuk mengemukakan invois jualan dan belian produk.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa KPDN, Mohamad Hezrin Abd Wahab, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dihukum penjara 12 bulan jika dia gagal membayar denda yang ditetapkan ke atasnya.

Tertuduh membayar denda berkenaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2024 04:05 PM | Show all posts
customer 1 - 0 peniaga


Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 08:25 PM | Show all posts
perghh
lepastu merempan langkawi sunyi tiada kurang pelancong
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.944371 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list