CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29853|Reply: 0

[Tempatan] Dr Mahathir tak mahu kes Daim Zainuddin ditutup, tuntut AG, bos SPRM jawab tuduhan

[Copy link]
Post time 20-11-2024 03:37 PM | Show all posts |Read mode
Dr M tak mahu kes Daim ditutup, tuntut AG, bos SPRM jawab tuduhan

https://m.malaysiakini.com/news/726500

Diterbitkan:  Nov 20, 2024 3:17 PM
Dikemaskini: 3:17 PM



Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju tindakan pihak berkuasa membatalkan pertuduhan terhadap sahabat lamanya, Daim Zainuddin, yang meninggal dunia pada 13 Nov lalu.

Bekas perdana menteri itu menuntut Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki untuk menjawab apakah benar Allahyarham telah mencuri wang rakyat.

Ini selepas Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan Allahyarham daripada pertuduhan gagal mengisytiharkan aset di bawah Seksyen 254(3) Kanun Tatacara Jenayah, susulan permohonan timbalan pendakwa raya.

Tanpa menyebut nama Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, Mahathir berkata "penguasa" itu sebelum ini mengulang retorik untuk memerangi rasuah dan mengembalikan dana yang telah dicuri kepada rakyat.

"Apa yang berlaku kepada usaha untuk menuntut semula wang rakyat yang kononnya dicuri oleh pemimpin terdahulu ketika berkuasa.

“Peguam negara dan ketua suruhanjaya SPRM mesti mengeluarkan kenyataan rasmi. Adakah Daim mencuri dana awam dalam jumlah berbilion-bilion?” soalnya dalam satu kenyataan.



Selagi tiada kenyataan rasmi khusus mengenai perkara ini, Mahathir berkata orang ramai akan tertanya-tanya mengenai kebenarannya.

“Kenyataan itu tidak semestinya teknikal dari perspektif undang-undang. (Menjawab sama ada) Daim mencuri atau tidak sudah memadai,” katanya lagi.

Mahathir juga menyatakan bahawa balu Daim, Na'imah Abdul Khalid tidak mahu kes itu ditutup untuk membersihkan nama suaminya.

"Rakyat digalakkan untuk memikirkan perkara ini," tambahnya.

Susulan kematian Daim, Mahathir berkata Allahyarham sepatutnya dihargai atas sumbangannya tetapi sebaliknya difitnah.

"Saya sedih tidak terkata. Dia patut dipuji atas sumbangannya kepada perjuangan (untuk bangsa, negara, agama).

"Tetapi pada akhir hayatnya, dia dikutuk tanpa sebab. Tiada sebab! Melainkan untuk membalas dendam," tambahnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.427767 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list