CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10576|Reply: 17

[Tempatan] Dah tak boleh suka-suka pi Thailand!

[Copy link]
Post time 21-11-2024 11:12 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 21-11-2024 11:21 AM

Harian Metro
Sharifah Mahsinah Abdullah
[email protected]



Rantau Panjang: Pasukan Gerakan Am (PGA) memasang papan tanda di empat pangkalan haram di sini dan di Tumpat bagi mengingatkan rakyat Malaysia tidak menyeberang ke Thailand secara haram.

Tiga daripada papan tanda itu diletakkan di pangkalan haram MCA, Syed Agil dan Jitong manakala satu lagi di Kuala Tanjung di Tumpat.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, berkata, papan tanda itu diletakkan di pangkalan haram yang sering digunakan rakyat negara ini untuk menyeberang ke Thailand.

Beliau berkata, tindakan itu juga selaras dengan arahan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat bahawa mereka yang didapati menyeberang ke Thailand secara haram akan ditahan dan dikenakan denda sehingga RM10,000.

"Papan tanda itu menyatakan sesiapa yang ditangkap melintas ke Thailand melalui laluan haram boleh ditangkap dan dikenakan denda sehingga RM10,000 kerana melanggar Akta Imigresen.


"Tindakan sama juga boleh diambil terhadap warga asing yang memasuki Malaysia melalui pangkalan haram yang terletak di sepanjang sungai Golok," katanya tadi.


PASUKAN PGA memasang papan tanda di empat pangkalan haram di Rantau Panjang dan Tumpat bagi mengingatkan rakyat Malaysia tidak menyeberang ke Thailand secara haram. FOTO Sharifah Mahsinah Abdullah


Nik Ros Azhan berkata, anggota PGA juga diminta meningkatkan pemeriksaan mereka di pangkalan haram untuk menangkap mereka yang melanggar peraturan.

Media sebelum ini melaporkan, polis Kelantan akan menahan mana-mana individu yang menggunakan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok untuk merentasi sempadan Malaysia-Thailand, berkuat kuasa 1 Disember depan.

Mereka akan ditahan mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000, jika sabit kesalahan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-11-2024 11:26 AM | Show all posts
Penduduk Kelantan-Selatan Thailand sudah seperti 'adik-beradik'
HAZELEN LIANA KAMARUDINHAZELEN LIANA KAMARUDIN
21 November 2024 09:20am


Penduduk di sempadan berharap mereka diberi peluang untuk berdialog dengan pihak berkuasa berhubung keputusan yang akan diambil. (Gambar kecil: Mohd Azwadi Mohd Noor, Ishak Ghazali)


RANTAU PANJANG - Penduduk di sini merayu kepada pihak berkuasa dan kerajaan meneliti semula tindakan untuk menahan individu yang menyeberang Sungai Golok mulai 1 Disember ini.

Mereka mendakwa hubungan rakyat Kelantan-Selatan Thailand diibaratkan seperti adik-beradik, kerana tali persaudaraan yang terjalin sejak zaman-berzaman.

Seorang penduduk, Mohd Azwadi Mohd Noor, 44, berharap mereka diberi peluang untuk berdialog dengan pihak berkuasa.

“Kami menggunakan pangkalan di Sungai Golok sudah terlalu lama. Keputusan ini sangat mengejutkan, kalau boleh datanglah berbincang dengan kami, berkongsi idea,” katanya kepada pemberita pada Rabu.

Bagi Ishak Ghazali, 63, dia mengahwini rakyat Thailand dan mempunyai tujuh orang anak serta sembilan cucu di mana mereka semua tinggal di Golok tetapi bersekolah di Rantau Panjang.

Ujarnya, pangkalan haram merupakan laluan utama bukan kerana suka-suka melanggar peraturan tetapi ia jalan mudah serta jimat berbanding melalui pintu masuk ICQS.

“Saya berharap pihak kerajaan dapat turun padang dan mendengar keluhan kami ini. Kerana kami bukan melakukan jenayah tetapi berulang-alik untuk erat silaturahim keluarga.

“Kami akur jika kawalan diketatkan atau sebagainya, asalkan jangan tutup pangkalan di sini,” katanya.

Anak jati Rantau Panjang, Amran Abdul Rahman, 60, memberitahu, kerajaan boleh menguatkuasakan beberapa langkah tertentu seperti meletakkan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di setiap pangkalan haram sebagaimana dilaksanakan oleh kerajaan Thailand.


Dia turut mencadangkan supaya aktiviti keluar masuk rakyat Malaysia di Sungai Golok dicatat dan diambil rekod, manakala pada hujung minggu pihak berkuasa boleh memperketat kawalan atau memberikan jadual mengenai waktu sesuai untuk menyeberang guna pangkalan haram.

“Kalau sampai tahap menahan individu serta menutup pangkalan haram, rasanya perlu dipertimbangkan semula kerana ia sudah sebati dengan penduduk di sini,” katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 11:14 AM | Show all posts
halusnya tulisan mampuih nak baca

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 11:26 AM | Show all posts
tulis bahasa apa
bahasa melayu ke
mana sskjp nk paham
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 11:33 AM | Show all posts
tulisan yang dekat signage putih tu pun kecik kenot... agak2 dia orang baca tak?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 11:39 AM | Show all posts
laaaa buat sempadan negara mcm pegi kedai aceh je ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2024 01:52 PM | Show all posts
kalau yang jaga sek sek demo, takdenya la nak jalan..
mula-mula je..
lama-lama, balik pada asal..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ms iolss pg sana dl musim panas...selamba je dia org melintas sungai tu,air cetek..kejap lagi ambik Narita kat Siam sana..kejap lari sini balik...askar sempadan tgk je...adik iolss ckp mcm mn dia org nak halang kalo yg lintas tu adik beradik,anak buah,mak pak saudara,atok nenek,mak bapak sendiri...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2024 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
adik beradik lah, anak cucu lah.. dh ko rakyat mana sbnrnya? Kalau skola kt malaysia ko rakyat sini kenapa nk duduk kt golok??? Duk jer lah kelantan.. alasan yg dia bagi pun cam sial
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 02:21 PM | Show all posts
Biaq pi laa negeri depa nak jadi apa pun.
Semua benda nak langgar.
Nak bawak bincang lagi... amende.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 02:31 PM | Show all posts
tinggal kat Golok tapi sekolah kat Rantau Panjang?


malaysia ni hujung2 memang akan jahanam sebab ramai acah malaysian tapi jati diri takdak sebab tetaplah puja asal usul walau dah berkurun duduk sini kaut hasil
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 03:14 PM | Show all posts
jgn dilayan keluhan rakyat kelantan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 21-11-2024 04:55 PM

Zmn Atok saka pm dulu ramai je ummah siam yg dpt ic mcm suluk pilipin kat Sabah nun..sbb tu org siam ramai yg ada dwikerakyatan..ic thai ada,ic msia pon ado.ko mampoo??

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 04:36 PM | Show all posts
barua betul. sedut pendidikan kat malaya. bayar cukai kat siam. ni lah orang cakap cilaka yang makan subsidi. sama macam bangla
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 04:51 PM | Show all posts
ina_na replied at 21-11-2024 01:56 PM
Ms iolss pg sana dl musim panas...selamba je dia org melintas sungai tu,air cetek..kejap lagi ambik  ...

hahah...

asalnya memang tak ada pemisahan, pembentukan negaralah yg wujudkan pemisahan... walaupun begitu warisan amalan turun temurun kunjung mengunjung jiran tetap dibuat, sungai kecik senang jer lalu. aku kat sana pun aku hari2 pergi sebelah hahaha


Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 21-11-2024 04:51 PM
hahah...

asalnya memang tak ada pemisahan, pembentukan negaralah yg wujudkan pemisahan... walaup ...

Jalan kaki kedek2 je kan seberang musim panas... Knp tiba2 naik isu ni...bz gila sedar2 dah kecoh isu ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2024 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm lebih kurang border betong org keluar masuk mcm jengah kg sebelah je
pastu  yg satu lg kat kuala nerang situ masuk dekat pantai sokam. kalau tnya sah2 la kaum kerabat depa berlambak belah sana.
yg golok ni lagi hebak kot keramaiannya...selama ni gomen (immi) pejam mata je ke caner??
mujur laa ade kes kene tgkap baru kalau dak sampai bila2 pun gitu
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena pakai mikroskop baharu boleh nampak. Susah betul nak baca papan tanda
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.087555 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list