View: 6293|Reply: 13
|
[Tempatan]
Selepas ketimbang, merarau pula jadi bahan usikan
[Copy link]
|
|
Sinar Harian
Oleh:MERAK JALANAN
21 November 2024
Setiap kali istilah baharu bahasa Melayu diperkenalkan, jangan pula ia dijadikan sebagai bahan lawak.
SEMALAM Merak Jalanan mengajak seorang rakan pergi merarau. Dia terpinga-pinga. Tak faham.
Kemudian Merak Jalanan kata lagi, selepas merarau kita boleh cicipan kopi panas dengan roti kaya. Bertambah bingung rakan Merak Jalanan itu.
Merak Jalanan pun terangkan. Merarau itu maksudnya makan tengah hari, cicipan pula bermaksud minum petang. Dia kata, macam tak pernah dengar. Merak Jalanan jawab, baru tahu juga ni...
Merak Jalanan mengakui, ini pertama kali mendengar istilah berkenaan.
Kedengaran memang agak pelik, tapi kita kena biasakan yang betul dan betulkan yang biasa.
Ia bukan istilah baharu atau menggantikan ungkapan yang sedia ada, sebaliknya dialek bahasa sukuan yang dijadikan sebagai perbendaharaan kata bahasa Melayu.
Setiap kali istilah baharu bahasa Melayu diperkenalkan, jangan pula ia dijadikan sebagai bahan lawak. Ini kerana ada yang mempersenda istilah-istilah itu di media sosial.
Tetapi ada juga yang mula mempraktikkannya dalam perbualan harian bagi menggantikan perkataan yang biasa digunakan sebelum ini.
Sebelum ini, satu Malaysia teruja dengan istilah-istilah yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Paling popular tentulah perkataan ketimbang.
Ada lebih sepuluh istilah lain iaitu tatakelola, mahsul, purba sangka, tiwikrama, maha kaya, senjang, tatanan dan sebagainya.
Selepas ini jangan terkejut bila ada rakan yang mengajak, 'Jom kita gabi'. Jangan salah sangka pula atau mengaitkan dengan haiwan yang satu itu.
Mungkin kita sudah biasa dengan istilah supper. Jadi selepas ini, kita guna gabi menggantikan supper.
Kita kena berlatih menggunakannya seperti mana kita sudah biasa guna istilah tular, swafoto dan sebagainya.
Bak kata seorang rakan, practice makes perfect!
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
iolss kalau tertengok variety show korea, selalu nampak perkataan merarau ni kalau guna subs malay. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak melayu lah kalau tak kutuk bahasa sendiri.. |
|
|
|
|
|
|
|
kechikchomel replied at 21-11-2024 08:28 AM
iolss kalau tertengok variety show korea, selalu nampak perkataan merarau ni kalau guna subs malay.
Sama la. First time tau merarau ni kat kshow unexpected business. Ingat kan translation indo
|
|
|
|
|
|
|
|
Kedengaran memang agak pelik, tapi kita kena biasakan yang betul dan betulkan yang biasa.
tak de ape yang perlu dibetulkan
ni cuma nk popularkan perkataan yg jarang org guna je
hujung2 artikel guna perkataan bahasa inggeris jugak
ironi kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan dah lama kan merarau ni? ketimbang tu lagi baru tak silap |
|
|
|
|
|
|
|
Minami2013 replied at 21-11-2024 12:57 AM
Sama la. First time tau merarau ni kat kshow unexpected business. Ingat kan translation indo
Tengok di Google ..merarau Bahasa Iban. |
|
|
|
|
|
|
|
Chong : Wei, gabi nanti mau makan apa?
Ching : Kita gabi babi je. |
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 21-11-2024 09:45 AM
Tengok di Google ..merarau Bahasa Iban.
Dalam bahasa aku, mararau @ marau arau maksudnya kelam kabut nak kejar masa. |
|
|
|
|
|
|
|
Uols dah gabi belom? |
|
|
|
|
|
|
|
Comey plk perkataan Cicipan dan gabi |
|
|
|
|
|
|
|
bodohnya isu ni.. dah nampak mcm nak justifikasi perkataan ketimbang yg baru diwujudkan dan dimasukkan dlm kamus dbp
berbeza dgn perkataan ketimbang, perkataan merarau ni dah mmg sedia ada lama dah
merarau - Definisi : Sr makan tengah hari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
kalau check pada bhgn khidmat nasihat, dah mmg ada banyak soalan dah dijawab pasal perkataan merarau sejak lama dulu lagi
ni aku kopipes salah satu soalan yg dijawab pada tahun 2008
Soalan
Bagi kata sukuan, kalau makan tengah hari ialah 'merarau,' kalau minum pagi ialah 'kudapan'. Saya ingin tahu, apa pula dipanggil kalau minum petang dan makan malam ? Perkataan merarau dan kudapan ini datangnya daripada bahasa sukuan apa? Terima kasih. Musa Rashim
Jawapan
Perkataan merarau ialah kata daripada bahasa sukuan di Sarawak. Mengikut kamus Dewan Edisi Keempat perkataan kudapan digunakan untuk minum pagi, minum petang dan selepas makan malam dan merupakan kata dalam bahasa Melayu.
Jenis Soalan
Istilah
Tarikh
09.05.2008
boleh juga tengok soaln2 lain yg dijawab.. dah la ada beza pula dgn penjelasan pasal perkataan kudapan, cicipan dlm soal jawab dlm khidmat nasihat online dbp tu dgn yg ada dlm tred ni
tak jadi masalah pun pasal perkataan merarau ni... tapi perkataan ketimbang tu mmg takde sblm ni... maknanya ketimbang tu bukan perkataan dlm bahasa melayu atau bahasa malaysia masa anwar mula2 sebut dulu tu
walanon2 bongok je yg mudah impress bila anwar sebut perkataan ketimbang pehtu cakap ayat camni "Tak melayu lah kalau tak kutuk bahasa sendiri.." |
|
|
|
|
|
|
|
dah berkurun dengar perkataan merarau..orang skrg mmg kurang membaca ke macam mana |
|
|
|
|
|
|
| |
|