CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30800|Reply: 16

[Tempatan] Ibu maut, dua anak cedera kemalangan di LPT2

[Copy link]
Post time 21-11-2024 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Oleh Rosli Ilham
November 21, 2024 @ 4:37pm
[email protected]



Anggota polis dan bomba memeriksa kotak pembetung di mana Wan Asliza (foto kecil) tercampak selepas kemalangan di LPT2 dan meninggal dunia. - NSTP/ ROSLI ILHAM


DUNGUN: Seorang wanita maut manakala dua anaknya cedera selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan di Kilometer 341.2 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) sebelum susur keluar Plaza Tol Kuala Dungun, pagi tadi.

Kemalangan berlaku kira-kira 10.15 pagi menyebabkan Wan Asliza Wan Abdullah Sani, 44, yang berasal dari Kota Jalan Sultan Yahaya Petra di Kota Baharu, Kelantan maut di lokasi kejadian


Dua anaknya, Wan Nur Nisa Qistina Wan Zulfan, 20 dan Muhammad Ayyash Mikael Nordin bersusia setahun enam bulan hanya cedera ringan.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Persona dipandu Wan Asliza dari Kuantan menghala Kuala Terengganu dipercayai terbabas sebelum melanggar kotak pembetung konkrit di sebelah kiri lebuh raya.


Pelajar Tingkatan Dua maut terjatuh tingkat lapan bangunan sekolah
Wanita hilang sejak Jumaat, hanya kenderaan ditemui
'Teruskan bicara kes Daim, jangan ada pihak cuba selindung di sebalik kematiannya'
Wanita hilang sejak Jumaat, hanya kenderaan ditemui

Mangsa dikatakan tercampak ke dalam kotak pembetung konkrit dan meninggal dunia.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Paka, Penolong Penguasa Bomba Mohd Rizuan Ramli, berkata sembilan anggota yang dikejarkan ke lokasi membantu mengangkat mayat mangsa dari kotak pembetung sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,

"Dua kanak-kanak dipercayai anak mangsa ketika itu sudah dikeluarkan orang ramai," katanya.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir, berkata mangsa mengalami kecederaan pada kepala meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mayat kemudian dihantar ke Bilik Forensik Hospital Dungun, sementara dua anak mangsa yang cedera ringan dihantar ke Hospital sama untuk rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2024 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
ada anak umur 20... kawen umur 14 ke
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols nak.komen.berita ketiga
Ni yang kereta kaler silver tu ek?
Dalam gila tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalliah
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 06:45 PM | Show all posts
camne tercampak..tak pakai seat belt ke ek?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai tercampak sebab tak pakai seatbelts meninggal. Kesian anak2 arwah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2024 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
innalillahiwainnailaihirajiun... salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde ke berita eksiden yg kat putrajaya malam tadi tu?
Aku mcm konpius ngan eksiden tu sbb ada sebut mangsa wanita hamil
Tp masalahnya ibu tunggal dan wanita bujang
Taktaulah kalau wartawan dapat salah info ke apa.
Kemalangan kul 1 pg, naik viva 4 orang langgar divider.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2024 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 21-11-2024 06:45 PM
camne tercampak..tak pakai seat belt ke ek?

confirm tak pakai la tu...elok plak ada pembentung tak katup situ ternganga lagutu
anak yg kecik tu pun silap hb tak guna cs kalau dak takkan tercampak.
btw, jauhnya jarak anak sulung dgn anak bongsu
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Melihat kepada abam² polis yang berbaju hujan tu, kebarangkalian besar insiden berlaku sewaktu hujan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kata umur ank 20 dgn setahun 6 bln
Kat bwh plak tulis 2 kanak2 ank dia
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 21-11-2024 10:52 PM
Kata umur ank 20 dgn setahun 6 bln
Kat bwh plak tulis 2 kanak2 ank dia

Apa la wartawan skrg ni nk cpt submit berita jadinya hentam kromo dan silap sana sini. Boss pun x wat kerja betul2 approve je
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 21-11-2024 09:44 PM
confirm tak pakai la tu...elok plak ada pembentung tak katup situ ternganga lagutu
anak yg k ...

Yg kecik pun tercampak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 21-11-2024 10:23 PM
Melihat kepada abam² polis yang berbaju hujan tu, kebarangkalian besar insiden berlaku sewaktu huja ...

Ye la kan kat trg musim hujan..jalan licin...berhati2 la drive jgn laju2...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainailahirojiun
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 22-11-2024 09:00 AM
Yg kecik pun tercampak ke?

ooo tak ke?
ingatkan dlm artikel tulis anak2 berjaya dikeluarkan tu pun masuk skali dlm pembentung tu.
keluar dari kereta la kot ya.
ampunnnn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2024 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 22-11-2024 10:27 AM
ooo tak ke?
ingatkan dlm artikel tulis anak2 berjaya dikeluarkan tu pun masuk skali dlm pembentung ...

Aah cedera ringan je anak2 dia...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 48982 Replies : 26
Saya dengan ini isytiharkan undang-undang tentera darurat," kata Encik Yoon dalam ucapan langsung di tv,Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera darurat
YgBenarSaya dengan ini isytiharkan undang-undan
Views : 4077 Replies : 3
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 257005 Replies : 7116
Jarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran akaun 3 KWSP cecah RM10.78 bilion
YgBenarJarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran
Views : 50388 Replies : 28
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 1986 Replies : 11
Isu keganasan Rumah Tangga zahnita
PenjaraPetaiIsu keganasan Rumah Tangga zahnita
Views : 11042 Replies : 276
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 92566 Replies : 933
Tragedi Disember, malu apa masuk la sini jap!
maklukpenggodaTragedi Disember, malu apa masuk la sini
Views : 47102 Replies : 21
Tular dakwaan orang ramai barangan sumbangan Khairul Aming telah diasingkan dan mangsa banjir dipercayai hanya menerima sebungkus biskut serta mi segera sahaja.
YgBenarTular dakwaan orang ramai barangan sumba
Views : 4892 Replies : 1
Banjir reda, 8 kematian dicatatkan
maklukpenggodaBanjir reda, 8 kematian dicatatkan
Views : 18896 Replies : 113

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.052409 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list