View: 11557|Reply: 0
|
Khidmat upah ejen marah bos di pejabat bagi pihak pekerja yang mempunyai rasa tidak berpuas hati kini laris
[Copy link]
|
|
WASHINGTON – Sebuah firma di Amerika Syarikat (AS) menawarkan perkhidmatan unik memarahi majikan bagi pihak pekerja yang mempunyai rasa tidak berpuas hati atau mahu meluahkan kemarahan dan kekecewaan mereka, lapor portal berita South China Morning Post kelmarin.
Syarikat OCDA ditubuhkan tahun ini oleh seorang pelawak stand-up dan aktor, Calimar White.
Berdasarkan laman web syarikat itu, OCDA ditulis sebagai sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan bertujuan untuk membetulkan aduan dan mewujudkan persekitaran kerja lebih baik.
Apabila menerima tempahan, ejen yang dikenali sebagai ‘pemarah’ akan melawat tempat kerja pelanggan untuk berdepan dengan bos atau rakan sekerja yang dikenal pasti.
Mereka kemudian akan mengeluarkan kritikan pedas sambil menyampaikan aduan pelanggan dengan bersungguh-sungguh.
Tidak kira betapa tegang keadaan atau dimarahi semula oleh majikan terbabit, ejen OCDA mesti mematuhi ‘skrip’ yang diberikan dengan tegas.
Sebagai contoh, dalam salah satu video yang dimuat naik di laman sosialnya, seorang ejen memarahi seorang majikan dikenali sebagai LJ.
Sejurus memasuki pejabat, ejen tersebut terus memarahi LJ dengan berkata: “Saya sudah bekerja di sini selama lebih 17 tahun dan anda tidak memberi saya cuti berbayar. Anda juga membayar gaji pekerja baharu lebih tinggi berbanding pekerja senior. Semua inventori tidak terurus dan tiada kipas di bahagian acuan.”
Meskipun dimarahi oleh LJ, ejen tersebut tetap berdiri di hadapannya dan meneruskan skrip yang sudah disediakan.
Syarikat itu dilaporkan sedang aktif merekrut ejen ‘pemarah’ melalui laman sosialnya dan menggariskan beberapa ciri unik untuk calon yang berminat. – AGENSI
Sumber : – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
| |
|