View: 45574|Reply: 0
|
[Tempatan]
Siasatan terhadap kewangan Daim, keluarga kekal berjalan, kata SPRM
[Copy link]
|
|
Siasatan terhadap kewangan Daim, keluarga kekal berjalan, kata SPRM
https://www.freemalaysiatoday.co ... berjalan-kata-sprm/
FMT Reporters
22 Nov 2024, 06:05 PM
![](https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F03%2Fb5c07936-01-daim-zainuddin-bernama-pic-140324.webp&w=1200&q=75)
Bekas menteri kewangan, Daim Zainudin, meninggal dunia pada 13 Nov. (Gambar Bernama)
SPRM berkata siasatan berkait pengubahan wang haram masih diteruskan berdasarkan maklumat ditemui dalam Kertas Pandora.
PETALING JAYA: Siasatan terhadap Allahyarham Daim Zainudin berkait pengubahan wang haram masih diteruskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) walaupun selepas kematian bekas menteri kewangan itu, pada 13 Nov.
SPRM dalam kenyataan, siasatan turut melibatkan isteri, Naimah Abdul Kadir, serta ahli keluarganya, berdasarkan beberapa kertas siasatan berdasarkan maklumat ditemui dalam Kertas Pandora.
“Siasatan tertumpu kepada perolehan aset-aset di luar negara. Penyelidikan jejak kewangan (money trail) di luar negara sedang giat dijalankan dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa,” menurut kenyataan itu.
Katanya, siasatan berjalan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).
Pada Februari 2023, SPRM membuka beberapa kertas siasatan berdasarkan maklumat dalam Kertas Pandora.
Siasatan ke atas maklumat dalam pendedahan itu, membawa kepada siasatan terhadap Daim ketika beliau menjadi menteri kewangan.
Pada 29 Jan 2024, Daim telah didakwa di bawah Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 atas pertuduhan gagal mematuhi notis yang terakhir iaitu 14 Nov 2023, dengan tidak mengisytiharkan kira-kira 70 aset harta dan satu akaun bank.
Beliau telah memohon lanjutan tempoh sebanyak lima kali, dan SPRM memberikan lanjutan pada 6 Julai 2023, 10 Ogos 2023, 11 Sept 2023, 11 Okt 2023, dan terakhir pada 14 Nov 2023 untuk melengkapkan pengisytiharan aset tersebut.
Setelah Daim meninggal dunia, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 20 Nov telah melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan gagal mematuhi notis tersebut mengikut Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|