CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35303|Reply: 0

[Sarawak] Penjanaan ekonomi melalui banyak sumber membolehkan Sarawak melaksanakan infrastrukturnya dengan lancar

[Copy link]
Post time 25-11-2024 04:50 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari melekapkan tangan pada papan imbasan bagi perasmian Majlis Tautan Kasih Gedong Permulaan Kami (GPK) Bintulu 2024 sambil disaksikan (dari kiri) Asfia, Haidar, Awang Tengah, Pengiran Daud, Abdul Kadier, Naroden, Abdul Rahman dan Nyurak (kanan) di Bintulu malam semalam.

BINTULU: Penjanaan ekonomi melalui banyak sumber membolehkan Sarawak melaksanakan infrastrukturnya dengan lancar melibatkan projek-projek mega dalam pembinaan 16 jambatan besar secara serentak di Sarawak.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata dalam lima tahun ini, jalan raya dibina dengan pembangunan bagi melengkapkan rangkaian perhubungan termasuk Bintulu melibatkan pembinaan Jambatan Bintulu-Jepak.

Katanya, tiada negeri dapat membina sebanyak 16 jambatan serta jalan raya melibatkan projek-projek jambatan di Batang Lupar, Batang Saribas, Batang Krian, Igan, Paloh dan Lassa.

"Semua ini kita laksanakan secara sekali jalan namun ada pihak mempersoal peruntukan kita perolehi setelah dibatalkan oleh kerajaan persekutuan sebelum ini," katanya ketika berucap pada Majlis Tautan Kasih Gedong Permulaan Kami (GPK) Bintulu 2024 di sini malam semalam.

Begitupun katanya, mereka tidak menyedari peruntukan yang diperoleh itu adalah hasil sumber ekonomi kita meningkat dan berkat daripada Allah SWT begitu banyak memberi sumber kepada kita, hanya kita berkehendakkan ilmu sahaja untuk memanfaatkannya.

Malah, hasil itu penduduk Bintulu khususnya Jepak turut menikmatinya dengan pembinaan kemudahan Jambatan Bintulu-Jepak, pembinaan jalan lebih besar untuk laluan berkembar empat lorong 'dual carriageway' dari jambatan tersebut hingga ke Lapangan Terbang Bintulu.

"Siapa sangka ada binaan jambatan begitu, namun disebabkan kita membangunkan Jepak, rangkaian perhubungannya disambung sehingga ke Lapangan Terbang Bintulu untuk jalan 'dual carriageway' empat lorong," jelasnya.

Katanya, projek tersebut diluluskan pada mesyuarat Kabinet Sarawak bagi meningkatkan pembangunan di kawasan Jepak.

Justeru, Jepak bukan lagi kawasan perkampungan malah pembinaan kawasan perumahan juga sedang dijalankan di kawasan itu melibatkan fasa satu termasuk fasa dua dan tiga.

"Ini menjadikan Kampung Jepak tersusun dan mungkin mereka yang berpindah ke Jepak tidak mengenali Jepak pada masa depan disebabkan perubahan pembangunan di kawasan penempatan itu.

"Pada masa sama, hasil ekonomi Sarawak yang meningkat membolehkan kerajaan memberi bantuan kewangan kepada anak-anak Sarawak yang belajar di university, malah diberikan pendidikan percuma di universiti-universiti milik Sarawak," katanya.

Justeru, beliau menyeru anak-anak Sarawak peka dengan perubahan dunia dalam teknologi kecerdasan buatan (AI) memandangkan teknologi dan ilmu mampu menguasai dunia sekali gus anak-anak Sarawak perlu bijak mengangkat martabat negeri.

"Kita ada pengaruh dari sudut ekonomi dengan kita telah memperuntukkan RM15.8 bilion dalam Belanjawan Negeri 2025 memperlihat ekonomi kita kuat dan pendapatan bertambah.

"Kini pengaruh besar tidak lagi hanya tertumpu kepada politik tetapi dari segi penguasaan teknologi yang menuntut semua rakyat Sarawak tidak mengira asal keturunan untuk saling bekerjasama bagi kepentingan negeri ini dan negara.

"Kita hendak mempertahankan undang-undang dan hak dalam perlembangaan dan ini cara kita meneruskannya, mudah-mudahan Allah memberkati usaha kita, umur panjang dan murah rezeki untuk anak-anak Sarawak termasuk anak-anak Gedong," jelasnya.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Hadir sama Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Iskandar Turkee, ADUN Tanjong Batu Johnny Pang, Penaung GPK Kuching Dato Sri Mohd Naroden Majais, Pengerusi GPK Bintulu Dato Pengiran Daud Pengiran Putera, Residen Bahagian Bintulu Datu Nyurak Keti, Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Dato Haidar Khan Asghar Khan, ahli perniagaan Datuk Abdul Kadier Sahib serta kenamaan lain.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.650502 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list