CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 56802|Reply: 1

[Kedah] Banjir: Pengantin teruskan kenduri, terpaksa bungkus makanan

[Copy link]
Post time 30-11-2024 11:47 AM | Show all posts |Read mode
Banjir: Pengantin teruskan kenduri, terpaksa bungkus makanan

Zuliaty Zulkiffli[email protected]





Alor Setar: Pasangan pengantin yang sepatutnya mengadakan kenduri kahwin dan bersanding hari ini terpaksa meneruskan majlis berkenaan meskipun kawasan inap desa yang disewa mereka di Titi Besi, Kepala Batas, di sini, dinaiki air akibat banjir.

Namun, majlis dirancang untuk meraikan 1,000 jemputan termasuk ahli keluarga dan rakan sejak lima bulan lalu terpaksa diubah pada saat akhir apabila mereka terpaksa membungkus makanan untuk diagihkan kepada orang ramai disebabkan banjir yang semakin buruk.

Malah, laluan masuk dari Pekan Kepala Batas ke inap desa di Titi Besi, Kepala Batas berkenaan, ditutup untuk kenderaan ringan berikutan paras air yang semakin meningkat.

Pengantin perempuan, Nur Izzatul Asma Mustafa, 22, berkata, dia tidak menyangka majlis kenduri sepatutnya berlangsung dengan meriah terpaksa diubah pada saat akhir.




    [size=0.95]









Namun, dia dan suami, Mohamed Khairie Mohamed Kamal, 28, tetap akan memakai baju pengantin dan majlis itu dengan bergambar kenangan dalam situasi banjir, hari ini.

Katanya, perancangan mereka dibuat sejak Mei lalu dan sudah mengedar kad jemputan selain menempah pelamin, baju pengantin, mak andam, cenderahati yang menelan belanja kira-kira RM20,000.


NUR Izzatul Asma dan suami, Mohamed Khairie tetap meneruskan majlis kenduri mereka hari ini. FOTO Zuliaty Zulkiffli

"Kami bersyukur kerana majlis akad nikah semalam berjalan lancar pada 11.30 pagi walaupun terpaksa diawalkan dan tok kadi yang yang menikahkan kami terpaksa menaiki sampan untuk datang ke inap desa ini.

"Nak batalkan atau tunda majlis semuanya dah tak boleh kerana semuanya dah dibayar kerana biasanya hujung tahun, hanya negeri pantai timur saja yang mengalami banjir.

"Pihak katering juga bersetuju untuk menghantar tempahan makanan, namun kami terpaksa membungkus semua makanan yang disertakan bersama cenderahati untuk diedarkan kepada orang ramai hari ini menggunakan lori," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.




Nur Izzatul Asma berkata, mereka menyewa inap desa itu sejak empat hari lalu disebabkan rumah mereka di Kampung Alor Ganu dinaiki air sehingga ke paras pinggang.

Katanya, walaupun sedih dengan apa yang berlaku namun dia dan suami menganggap hari perkahwinan mereka menjadi sejarah kerana terpaksa diraikan dalam keadaan banjir.

"Kami mengambil gambar kenangan dengan memakai baju pengantin menaiki bot serta kenderaan pacuan roda berlatar belakangkan kawasan banjir, memang seronok la," katanya yang bekerja sebagai kerani.

Katanya, dia berterima kasih kepada tetamu terutama kenalan serta ahli keluarga yang hadir ke majlis kenduri akad nikahnya semalam sanggup datang walaupun terpaksa menaiki bot milik penduduk selain menaiki pacuan empat roda.



Disiarkan pada: November 30, 2024 @ 9:53am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1160814/banjir-pengantin-teruskan-kenduri-terpaksa-bungkus-makanan




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-11-2024 11:48 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.036636 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list