CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 56669|Reply: 0

[Pulau Pinang] Majikan perlu beri pertimbangan sewajarnya kepada pekerja terjejas banjir

[Copy link]
Post time 30-11-2024 11:56 AM | Show all posts |Read mode
Majikan perlu beri pertimbangan sewajarnya kepada pekerja terjejas banjir

Oleh BERNAMA - November 30, 2024 @ 11:49am



Menteri Sumber Manusia, Steven Sim



BUKIT MERTAJAM: Majikan diharap dapat bertoleransi dan memberikan pertimbangan sewajarnya kepada pekerja yang terjejas dalam menghadapi situasi bencana seperti banjir.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, berkata majikan tidak boleh memotong gaji pekerja sewenang-wenangnya kerana perkara itu tertakluk di bawah Akta Kerja 1955 di Semenanjung, dan Ordinan Buruh bagi Sabah dan Sarawak.

"Gaji tidak boleh dipotong kecuali yang dinyatakan dalam undang-undang, contohnya untuk potongan cukai berkala, KWSP, PERKESO dan sebagainya. Jadi, apa-apa potongan gaji harus ikut akta.

"Untuk keadaan banjir dan sebagainya, saya minta kalau ada majikan atau pekerja yang memerlukan bimbingan dari segi penyelarasan kerja supaya tampil atau menghubungi pejabat Tenaga Kerja," katanya selepas Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI Kesuma Kampung Baru Alma di sini hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) sedia memberikan khidmat supaya aturan kerja tersusun dan apa jua tindakan khusus semasa bencana seperti gaji dan aturan kerja yang boleh diperincikan secara harmoni.

Sim berkata, pihak kerajaan faham bahawa keadaan bencana ini adalah di luar kawalan semua pihak, maka perlu ada toleransi supaya satu hubungan yang harmoni boleh disemarakkan.

Katanya, pendekatan itu pernah dilakukan sebelum ini ketika terdapat isu gangguan bekalan air apabila kebanyakan majikan dan pekerja tidak faham bagaimana untuk membuat penyelarasan waktu kerja, cuti dan sebagainya.

"Saya minta supaya dia tampil ke Jabatan Tenaga Kerja dan kita akan memberikan khidmat nasihat kepada kedua-dua pihak agar boleh mengekalkan satu kefahaman dan juga memudah cara isu-isu berkaitan dengan pekerjaan di waktu krisis," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1330766/majikan-perlu-beri-pertimbangan-sewajarnya-kepada-pekerja-terjejas





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.489420 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list