CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 55680|Reply: 0

[Kedah] 'Banjir keempat kali ini cepat naik' - Penduduk

[Copy link]
Post time 30-11-2024 05:10 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 30-11-2024 05:12 PM

'Banjir keempat kali ini cepat naik' - Penduduk

WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
30 November 2024 03:13pm




Aripiah mengangkat barang-barang ke tempat tinggi di dalam rumahnya di Kampung Alor Senjaya pada petang Jumaat.




ALOR SETAR - “Ini kali keempat banjir berlaku tahun ini tapi saya lihat ini paling tinggi dan air cepat masuk ke dalam rumah setinggi 0.5 meter,” kata mangsa banjir, Aripiah Ahmad, 54, ketika ditemui di Kampung Alor Senjaya, di sini.

Menurutnya, air mula naik sedikit demi sedikit pada pagi Rabu sebelum memasuki rumahnya pada jam 1 pagi pada Khamis.


Dia yang tinggal bersama suami dan dua anak mengambil keputusan untuk mengangkat barang-barang elektrik seperti mesin basuh dan peti ais ke tempat tinggi di dalam rumah itu selepas melihat paras air yang semakin naik.

“Kami tinggal empat beranak di rumah ini, bila air masuk dalam rumah kami semua naik tingkat atas.


“Banjir pada September lalu kami pindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) tapi kali ini kami sudah pergi ke tiga buah PPS untuk mohon duduk di sana.

“Tapi kali ini ketiga-tiga PPS itu sudah penuh dan kami ambil keputusan untuk tinggal di rumah kami,” katanya pada petang Jumaat selepas menerima sumbangan barangan keperluan dari Persatuan Anak Muda Madani.

]
Zuraidi (dua kiri) menyampaikan barangan keperluan kepada mangsa banjir daripada Persatuan Anak Muda Madani di Kampung Alor Senjaya, Alor Setar pada petang Jumaat.




Walau bagaimanapun, Aripiah berkata, mereka sekeluarga selalu berjaga-jaga dan sentiasa melihat keadaan paras air dari semasa ke semasa.


Seorang lagi mangsa banjir, Harison Hanafi, 42, pula menyifatkan banjir pada kali ini lebih teruk berbanding banjir-banjir yang dihadapi mereka pada tahun ini.

Menurutnya, mereka sekeluarga sudah biasa dengan fenomena banjir namun banjir kali ini memasuki rumah mereka dengan begitu cepat.

“Air masuk dalam rumah begitu cepat, memang agak laju air dan banjir paling tinggi tahun ini,” ujarnya.


Bagi Anis Athirah, 33, mereka sekeluarga masih belum mengambil keputusan untuk berpindah ke PPS kerana masih boleh tinggal di tingkat atas rumah mereka.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Anak Muda Madani Kedah, Datuk Zuraidi Rahim, berkata lebih 300 penduduk telah menerima bantuan makanan keperluan tersebut kerana sukar mendapatkannya akibat banjir.

Menurutnya, sukarelawan persatuan terpaksa mengharungi banjir untuk menyampaikan bantuan di sekitar Alor Senjaya, Anak Bukit, dan Pantai Johor, di sini.

"Sumbangan ini adalah sebagai tanda simpati terhadap nasib penduduk yang terjejas banjir. Diharap ia dapat sedikit sebanyak meringankan beban mereka," katanya.

]
Aripiah menerima sumbangan barangan keperluan daripada Persatuan Anak Muda Madani yang disampaikan Zuraidi pada petang Jumaat.



Tambahnya, bantuan tersebut akan terus disalurkan secara berperingkat ke kawasan lain yang turut terjejas akibat banjir.

Media melaporkan banjir di Kedah mencatatkan peningkatan sebanyak 5,393 orang daripada 4,566 mangsa pada jam 12 tengah hari pada Sabtu, dengan Kubang Pasu masih menjadi daerah paling terkesan dengan jumlah seramai 2,345 orang di 16 PPS.

Empat lagi daerah yang terjejas ialah, Sik (1,062 orang, lapan PPS), Kota Setar (949 orang, 11 PPS), Padang Terap (512 orang, 10 PPS), Pokok Sena (361 orang, empat PPS) dan Kuala Muda (180 orang, dua PPS).


https://www.sinarharian.com.my/article/699616/edisi/utara/banjir-keempat-kali-ini-cepat-naik---penduduk


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.057886 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list