CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 46695|Reply: 1

[Johor] Guru rugi RM243,000 diperdaya 'pegawai polis'

[Copy link]
Post time 1-12-2024 01:00 PM | Show all posts |Read mode


Johor Bahru: Seorang guru wanita rugi RM243,000 selepas terpedaya dengan taktik 'scammer' yang mendakwa dirinya terbabit dengan aktiviti penggubahan wang haram.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian bermula apabila mangsa yang berusia 39 tahun itu menerima panggilan telefon pada 5 November lalu.

"Mangsa menerima panggilan telefon daripada suspek yang tidak dikenali memperkenalkan diri sebagai pegawai dari Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan (NFCC).

"Suspek memberitahu akaun bank mangsa telah terbabit dalam aktiviti penipuan. Bagi meyakinkan mangsa, panggilan telefon disambungkan kepada individu kedua yang mengaku sebagai pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudian diberitahu bahawa namanya terbabit dalam aktiviti penggubahan wang haram.

"Mangsa kemudian diminta untuk memindahkan wang ke dalam akaun bank yang diberikan suspek untuk tujuan audit dan pembersihan rekod.

"Percaya dengan kata-kata suspek, mangsa membuat sembilan kali pindahan wang melalui mesin ATM ke dalam dua akaun berbeza berjumlah RM243,000 dari 5 November hingga 23 November lalu.

"Mangsa menyedari ditipu apabila terus didesak suspek untuk membuat pembayaran tambahan lalu mangsa tampil membuat laporan polis, semalam," katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana tipu.

"Tindakan juga akan melihat pembabitan keldai akaun di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan berkaitan instrumen pembayaran atau akaun institusi kewangan," katanya.


Disiarkan pada: Disember 1, 2024



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2024 09:01 AM | Show all posts
bila kita ada banyak duit kita akan jadi penakut dan tak rilex...

semoga dijauhkan dari perkara2 mcm ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.098082 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list