CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3949|Reply: 0

[Sarawak] Dua cedera pikap terbabas ke dalam parit

[Copy link]
Post time 2-12-2024 01:27 PM | Show all posts |Read mode




Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa dari kenderaan yang terbabas ke dalam parit di Simpang Bau Palm Oil Mill (BAPOM), Lundu, hari ini. - Gambar JBPM

KUCHING: Dua individu selepas pikap dinaiki terbabas ke dalam parit berhampiran sebuah kilang sawit di Kilometer 25, Jalan Bau-Lundu, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Lundu diketuai PBK II Khairul Mohamad Nor dikerahkan ke lokasi setelah menerima panggilan kecemasan pada jam 2.13 petang.

Katanya, kemalangan itu melibatkan seorang lelaki, 21 dan wanita, 22.

"Setelah size-up dilakukan, didapati kedua-dua mangsa tidak berada dalam keadaan tersepit namun mangsa lelaki mengalami sesak nafas, seterusnya dikeluarkan oleh pasukan bomba menggunakan pengusung dan dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS (Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan)," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, mangsa wanita diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan dan dibawa ke hospital untuk tindakan selanjutnya.

Setelah memastikan keadaan selamat dan terkawal, pasukan bertolak balik ke balai.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.059427 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list