CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4117|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan Sarawak komited pastikan setiap anak Sarawak mendapat peluang pendidikan percuma

[Copy link]
Post time 2-12-2024 01:35 PM | Show all posts |Read mode


Lau (enam kiri) menyampaikan anugerah kepada Tang dengan Anugerah Khas Pengetua Akademik sambil disaksikan oleh Azlinda (empat kanan) serta yang lain pada majlis tersebut.

SIBU: Kerajaan Sarawak komited memastikan setiap anak Sarawak mendapat peluang pendidikan percuma.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang berkata apabila bercakap tentang pendidikan, beliau percaya rakyat atau sekurang-kurangnya di Sarawak berada pada ‘waktu sangat menarik dan mengujakan’.

"Kita semua tahu kerajaan negeri komited membawa pendidikan percuma kepada semua pelajar Sarawak. Tiada negeri lain di Malaysia melaksanakan inisiatif ini.

"Hanya Kerajaan Sarawak berani mengambil langkah ini memastikan setiap pelajar Sarawak mendapat peluang pendidikan," katanya ketika menyempurnakan Majlis Apresiasi SMK Kampung Nangka di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan itu berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibacakan oleh Kaunselor Kevin Lau bagi mewakilinya pada majlis tersebut.

Tiang berkata, beliau menekankan pendidikan bukanlah satu keistimewaan tetapi suatu keperluan untuk kehidupan lebih baik dan sudah tentu suatu keperluan untuk Sarawak yang makmur.

"Kerajaan kita melakukan ini bukan kerana kita ingin menunjukkan kepada orang apa yang kita mampu lakukan tetapi hak mendapatkan pendidikan perlu dilaksanakan jika kita ingin menjadi sebuah negeri berpendapatan tinggi.

"Tiada sesiapa patut dinafikan pendidikan berkualiti hanya kerana mereka tidak mampu membayar yuran pengajian," jelasnya.

Sementara itu, Pengetua SMK Kampung Nangka Azlinda Mohd Nor dalam ucapan aluannya berkata, Majlis Apresiasi itu diadakan setiap tahun bagi menghargai usaha dan penat lelah pelajar-pelajar dalam semua bidang.

Menurutnya, pelajar-pelajar berketrampilan dalam pelbagai bidang bukan sahaja akademik malah bidang kokurikulum, sahsiah dan kepimpinan.

"Pelbagai anugerah disampaikan termasuk anugerah penyediaan nota kemas dan berinteraktif, kelas paling kondusif, pencapaian kokurikulum terbaik, sahsiah dan kepimpinan cemerlang.

"'Adab Dahulu Baharu Ilmu', itulah motto sekolah ini. Kami percaya adab amat perlu semasa menuntut ilmu kerana manusia beradab pasti berilmu, sedangkan manusia berilmu belum pasti beradab," jelasnya.

Pada majlis tersebut, Tang Hui Yun dari Tingkatan 6A1 memenangi Anugerah Khas Pengetua Akademik diikuti Nurshyakira Yusoff Abdullah (6A2) (Anugerah Khas Pengetua Kepimpinan) dan Nur Aleesya Dayana (4A1) (Anugerah Khas Pengetua Kokurikulum).


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.693140 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list