CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9454|Reply: 0

[Sarawak] SK Metalun baharu bakal beri akses pedidikan terbaik buat anak Penan

[Copy link]
Post time 2-12-2024 02:49 PM | Show all posts |Read mode


Kennedy diberikan taklimat berkenaan status semasa penyiapan projek pembinaan SK Metalun di Murum, pada Jumaat.

BELAGA: Pembinaan Sekolah Kebangsaan (SK) Metalun yang baharu menjadi bukti jelas bahawa Kerajaan Sarawak mengambil berat akan pendidikan kaum Penan dan rakyat di kawasan pedalaman secara amnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum Kennedy Chukpai Ugon berkata,  projek sekolah serba lengkap dan moden itu dijangka menjadi satu lagi mercu kebanggaan buat penduduk di penempatan semula Tegulang dan Metalun.

"Ia secara tidak langsung akan memberikan akses pendidikan terbaik buat anak-anak Penan di kawasan ini yang mana sekolah serba lengkap ini adalah setanding dengan sekolah yang terdapat di bandar," ujarnya dalam satu kenyataan selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak pembinaan SK Metalun yang baharu di Murum, pada Jumaat.

Beliau dalam pada itu menzahirkan rasa penghargaan dan berpuas hati dengan kerja-kerja pembinaan sekolah yang siap sebagaimana dijadualkan serta memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.

Sekolah baharu itu mempunyai enam bilik darjah yang mampu menempatkan kira-kira 170 pelajar, selain asrama serta lapan rumah guru dan kemudahan lain.

Lawatan ini turut disertai oleh Penolong Jurutera Bahagian Kapit Christopher Donovan Durin Ajoi, Pegawai Daerah Belaga Bidah Lujah, Pegawai Menguasa Daerah Kecil Sungai Asap Addela Talu dan Guru Besar SK Metalun George Silek.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.049184 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list