MUKAH: Penduduk Kampung Kuala Lama di sini dikejutkan dengan penemuan mayat seorang remaja perempuan di beranda sebuah rumah, hari ini.
Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias, berkata pihak polis menerima laporan tentang kejadian itu pada jam 6.00 pagi sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi berkenaan.
Hasil siasatan, katanya, polis mengenal pasti remaja itu berusia 18 tahun.
“Bagaimanapun, kita tidak menjumpai sebarang kesan pergelutan atau sebarang perbuatan khianat yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah.
“Mayat mangsa dibawa ke rumah mayat Hospital Mukah untuk tindakan lanjut.
“Setakat ini, kes disiasat sebagai laporan mati mengejut (SDR),” ujarnya.
|