CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17119|Reply: 0

[Sabah] Tempatan Jambatan Gantung Laluan Ke SMK Tamparuli Kembali Selamat Digunakan

[Copy link]
Post time 2-12-2024 03:34 PM | Show all posts |Read mode


Wajah baharu jambatan gantung yang menjadi kemudahan penting 360 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tamparuli.

TAMPARULI: Kebimbangan ibu bapa 360 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tamparuli, di sini, yang bergadai nyawa menggunakan jambatan gantung usang untuk ke sekolah setiap hari sejak dua tahun lalu, berakhir apabila ia selesai dibaiki.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Guru PIBG (SMK) Tamparuli, Michael Kadum, 62, berkata jambatan gantung kira-kira 100 meter panjang itu berkeadaan uzur selepas tidak diselenggara hampir dua tahun.

Katanya, jambatan gantung yang dibina sekitar 1970-an itu hanya untuk kegunaan pelajar dari beberapa perkampungan berhampiran ke sekolah itu.

“Mereka terdiri 105 pelajar sidang pagi dan 255 pelajar sidang petang dari Kampung Sawah, Sungai Damit, Bantayan, Dopu, Ruhiang, Kapa, Koporingan, Topokon, Rambai dan Mengkaladoi.

“Selain itu, beberapa murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Tamparuli turut menggunakan kemudahan itu sebagai laluan alternatif.
“Bagaimanapun, penduduk kampung sekitar tidak dibenar menggunakan kemudahan itu,” katanya di sini.

Tinjauan mendapati jambatan gantung itu satu-satunya laluan terdekat yang memudahkan pelajar dan murid terbabit untuk ke sekolah setiap hari.

Michael mengakui kemudahan itu cukup penting kepada pelajar, sehingga memerlukan penyelenggaraan lebih kerap untuk memastikan keselamatannya.

“Menyedari keperluan yang tinggi terhadap jambatan gantung itu serta memikirkan keselamatan pelajar, saya berusaha mendapatkan dana untuk membiayai perbelanjaan baik pulih kemudahan itu sejak awal tahun ini.

“Saya bersyukur kerana dengan usaha gigih Pejabat Daerah Tamparuli, jambatan gantung itu berjaya dibaik pulih dengan dana kerajaan dalam tempoh hampir tiga bulan.

“Perkembangan itu sekaligus melenyapkan kebimbangan ibu bapa selama ini mengenai keselamatan anak mereka yang menggunakan jambatan gantung itu,” katanya.

Seorang bapa pelajar dikenali Jass, 50, mengakui tidak bimbang lagi dengan keselamatan anaknya serta pelajar lain yang menggunakan jambatan gantung itu selepas kemudahan itu selesai dibaiki pulih.

“Saya hampir tidak percaya apabila melihat sendiri jambatan gantung itu yang jauh lebih berbeza dengan keadaan sebelum, selepas pembaikan selesai dilaksanakan,” katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.036190 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list