Anggota RELA memberikan bantuan dan memantau mangsa banjir yang ditempatkan di beberapa PPS di Negeri Sembilan. Foto Ihsan RELA.
Seremban: Jumlah mangsa banjir di Negeri Sembilan setakat pagi ini menunjukkan trend penurunan dengan mencatatkan seramai 1,143 mangsa daripada 300 keluarga berbanding 1,617 mangsa semalam.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata terdapat tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi membabitkan di daerah Jempol,
Tampin dan Kuala Pilah.
"Berikutan keadaan cuaca yang semakin baik sejak tengahari semalam, bilangan mangsa banjir di tiga daerah ini semakin menurun.
"Setakat jam 8.30 pagi ini, hanya tujuh PPS yang masih beroperasi membabitkan ketiga-tiga daerah berkenaan yang menempatkan seramai 1,143 mangsa.
"Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengikut arahan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa," katanya di sini, hari ini.
Disiarkan pada: Disember 2, 2024
|