CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42439|Reply: 0

[Pulau Pinang] 7 lelaki ditahan disyaki terlibat kegiatan pelaburan tidak wujud

[Copy link]
Post time 3-12-2024 06:06 PM | Show all posts |Read mode
7 lelaki ditahan disyaki terlibat kegiatan pelaburan tidak wujud

03 Disember 2024 05:31pm




Polis menahan tujuh lelaki dipercayai ahli sindiket yang menjalankan kegiatan pelaburan tidak wujud secara dalam talian dalam serbuan di Taman Sri Bayan, Bayan Lepas dekat sini malam tadi. - Gambar hiasan, gambar kecil: Hamzah Ahmad




GEORGE TOWN - Polis menahan tujuh lelaki dipercayai ahli sindiket yang menjalankan kegiatan pelaburan tidak wujud secara dalam talian, dalam serbuan di Taman Sri Bayan, Bayan Lepas dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, sepasukan polis yang menjalankan Op Nuri menahan seorang daripada lelaki itu yang berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan perumahan berkenaan pada 10.15 malam.


"Susulan penahanan itu, polis menyerbu sebuah rumah di kawasan perumahan sama dan menahan enam lagi lelaki.

"Polis merampas pelbagai barangan dipercayai digunakan untuk kegiatan itu antaranya 162 telefon bimbit, dua komputer riba dan pelbagai peranti lain," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, pihaknya sedang menyiasat dalang dan rangkaian sindiket terbabit manakala kesemua yang berusia 26 hingga 38 tahun itu direman hingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Bernama


https://www.sinarharian.com.my/article/700212/berita/semasa/7-lelaki-ditahan-disyaki-terlibat-kegiatan-pelaburan-tidak-wujud


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.117534 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list