View: 42067|Reply: 2
|
KKM nafi Akta 342 sama seperti SOSMA - "PDK hanya diberi kuasa untuk menyiasat dan mendapatkan maklumat lanjut pesakit"
[Copy link]
|
|
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) sama seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang boleh digunakan secara meluas.
Sebaliknya, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata Akta 342 itu hanya boleh digunakan secara khusus bagi tujuan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit.
"Ramai salah faham dan mengatakan akta ini memberi lebih kuasa kepada Kementerian Kesihatan (KKM) atau Pegawai Diberi Kuasa (PDK).
"Akta 342 ini tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya kerana PDK hanya diberi kuasa untuk menyiasat dan mendapatkan maklumat lanjut pesakit.
"DK ini juga boleh mengeluarkan arahan kepada individu dijangkiti atau disyaki dijangkiti bagi menjalani pangasingan atau pengawasan.
"Tetapi dalam masa yang sama, PDK ini juga boleh meminta bantuan daripada pihak polis atau unit beruniform yang lain untuk membolehkan pelaksanaan pengawalan dan pencegahan penyakit berjangkit di bawah Seksyen 5 dalam Akta 342.
"Berlainan dengan SOSMA, ia adalah undang-undang Malaysia yang membenarkan pihak berkuasa menahan individu tanpa bicara hingga 28 hari jika disyaki terlibat dalam ancaman keselamatan, seperti keganasan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media khas mengenai Pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), di kementeriannya, hari ini.
Mengulas lanjut mengenai Akta 342, Dzulkefly berkata Rang Undang-Undang (RUU) berkenaan mempunyai satu tujuan yang jelas untuk mengatasi kelompongan dalam kerangka perundangan sedia ada.
Katanya, ia sekali gus dapat memperkukuhkan kesiapsiagaan serta tindak balas negara dalam menghadapi ancaman penyakit berjangkit yang baharu muncul, muncul semula (re-emerging) atau pandemik dengan lebih berkesan demi kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat di negara ini.
Sumber – Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
ini ada kena mengena dgn wef kah |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa nak sekat kebebasan |
|
|
|
|
|
|
| |
|