CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10707|Reply: 9

[Jenayah] Kedutaan A.S sangkal dakwaan Najib, makamah di sana tiada motif politik

[Copy link]
Post time 17-12-2024 09:26 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 17-12-2024 03:44 PM



"Dana 1MDB telah dicuci di seluruh dunia, termasuk antaranya melalui institusi kewangan utama di Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, dan Luxembourg," kata kedutaan itu.


Amerika Syarikat (AS) menyangkal dakwaan Najib Razak bahawa negara itu menghalang usahanya untuk mendapatkan bukti berkaitan 1MDB pada 2021.

Najib dalam keterangannya semasa perbicaraan 1MDB minggu lalu menuduh kerajaan AS, yang ketika itu di bawah kepimpinan parti Demokrat, menghalang bukti yang didakwa boleh membantu membebaskannya.

Dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini, Kedutaan AS di Kuala Lumpur berkata mahkamah persekutuan AS bebas daripada pengaruh politik, dan menegaskan bahawa Jabatan Kehakimannya (DOJ) telah menjalankan siasatan "menyeluruh" berhubung skandal 1MDB.

"Mahkamah persekutuan AS adalah bebas daripada cabang politik menurut undang-undang, dasar dan tradisi AS.

“DOJ telah menjalankan siasatan menyeluruh mengenai penyelewengan dana 1MDB dan skim rasuah dan pengubahan wang haram yang berkaitan.

Kenyataan itu adalah sebagai respons kepada permintaan Malaysiakini untuk mendapatkan komen kerajaan AS terhadap dakwaan dibuat Najib semasa perbicaraan kes 1MDB yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Bekas perdana menteri itu diperintah membela diri atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram berhubung RM2.28 bilion dana daripada dana kekayaan negara yang bermasalah itu.

Minggu lalu, Najib mendakwa AS di bawah kepimpinan Biden mempunyai motif politik untuk menghalangnya daripada mendapatkan bukti berkaitan 1MDB.

Dia mendakwa Loretta Lynch, yang merupakan peguam negara AS dari 2015-2017, menghalang permohonannya di mahkamah negara itu untuk mendapatkan keterangan bekas pegawai bank Goldman Sachs, Tim Leissner yang disabitkan kesalahan.

Selain itu, Najib juga mendakwa kerajaan AS di bawah parti Demokrat bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk melakukan perubahan kerajaan ketika dia menjadi perdana menteri.

Ringkasan dan sebahagian daripada kandungan keterangan Najib dibacakan oleh peguam belanya, Muhammad Shafee Abdullah semasa sidang media yang diadakan di luar mahkamah minggu lepas.

MalaysiaKini

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-12-2024 12:00 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Serve saja ler your remaining less than 6 yrs in jel...kimarkkk betul ler...dah kasi discount lagi banyak rewel...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 12:03 PM | Show all posts
Edited by rashiman at 17-12-2024 12:06 PM

Siapalah agaknya Pegawai Malaysia, Pegawai 1MDB yang dinamakan yang masih bebas, yang telah mencuci duit 1MDB di seluruh dunia?


'Najib tarik balik permohonan bukti dari AS lepas tentangan keras'
Diterbitkan:  Dec 17, 2024 10:48 AM
Dikemaskini: 10:48 AM



Najib Razak menerima tentangan keras daripada Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat terhadap permintaannya untuk mendapatkan bukti berkaitan 1MDB pada 2021, jelas pasukan peguamnya.
Dalam satu kenyataan, peguam yang mewakili bekas perdana menteri itu berkata permohonan berkenaan difailkan pada 2020 untuk mendapatkan bukti daripada bekas jurubank Tim Leissner dan Goldman Sachs, dan pada mulanya diluluskan oleh Mahkamah Daerah AS untuk Daerah Selatan New York pada 8 Jan 2021 .
“Malah, Majistret Katherine H Parker mendapati bahawa membenarkan permohonan Najib akan membantu mahkamah Malaysia dalam pentadbiran keadilannya dan memenuhi tujuan Kongres dalam menggubal Seksyen 1782 (yang memberi kuasa kepada mahkamah daerah persekutuan untuk memerintahkan pengemukaan dokumen, serta deposit saksi, dalam membantu prosiding asing).
"DOJ, bagaimanapun, kemudiannya campur tangan dan menangguhkan usaha penemuan itu," katanya.
Menerusi pasukan guamannya, kenyataan itu berkata, Najib “bersungguh-sungguh menentang” permohonan penangguhan DOJ, namun tidak berjaya.


"Walaupun beliau menentangnya, mahkamah memutuskan memihak kepada kerajaan AS, dengan berkesan menghentikan pematuhan terhadap sepina dan permohonan 1782," katanya.
Menurut kenyataan itu, bukti yang dicari oleh Najib adalah penting untuk pembelaannya.

“Dalam pelbagai kes berkaitan 1MDB, pemfailan DOJ mengandungi banyak rujukan kepada bukti bahawa sogokan dan rasuah telah dibayar kepada pegawai Malaysia yang tidak dinamakan, pegawai 1MDB, dan lain-lain.



“Permohonan beliau bertujuan untuk mendedahkan maklumat ekskulpatori, termasuk identiti pesalah yang sehingga kini disimpan dan terus dirahsiakan.
“Akhirnya, disebabkan keputusan Mahkamah Daerah yang memberikan dan mengekalkan penangguhan memihak kepada DOJ, dia secara sukarela menarik balik usahanya tanpa prejudis untuk memfailkan semula hanya selepas bersungguh-sungguh memperjuangkan haknya.”
Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada Amerika Syarikat yang menyangkal dakwaan Najib bahawa kerajaannya telah menghalang percubaan bekas perdana menteri yang dipenjarakan itu untuk mendapatkan bukti.
Dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini semalam, Kedutaan AS di Kuala Lumpur berkata mahkamah persekutuan AS beroperasi secara bebas daripada cabang politik dan menegaskan DOJnya menjalankan siasatan "menyeluruh" terhadap skandal 1MDB.
Ia juga menegaskan bahawa permintaan bukti Najib telah ditarik balik pada 21 April 2022.
Dalam keterangannya semasa perbicaraan 1MDB minggu lalu, bekas perdana menteri itu mendakwa bahawa kerajaan AS, ketika itu di bawah kepimpinan parti Demokrat, bermotifkan politik untuk menyekat bukti yang kononnya boleh membantu membebaskannya.





Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 17-12-2024 12:13 PM

Tradisi AS tak sama dengan Tradisi Pahlawan Bugis

Macam mana Melayu nak tolong. Tak pernah tercatat dalam mana2 Hikayat Melayu, seorang Dato Laksamana tidak dibantu perajurit nya .
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2024 03:04 PM | Show all posts
Tak percaya mahkamah US nak percaya mahkamah syariah wilayah persekutuan ka?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 03:09 PM | Show all posts
Kedutaan AS di Kuala Lumpur berkata mahkamah persekutuan AS bebas daripada pengaruh politik


kes trump
kes J6

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2024 03:26 PM | Show all posts
boleh percaya ke bebas.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 04:01 PM | Show all posts
apa lagi serahkan lah dokumen. cakap banyak pulak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 11:49 PM GMT+8 , Processed in 1.260680 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list