CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3097|Reply: 0

[Sarawak] Banjir di beberapa kawasan di Medamit beransur pulih

[Copy link]
Post time 17-12-2024 03:12 PM | Show all posts |Read mode


Anggota bomba ketika memantau kawasan Medamit hari ini.

LIMBANG: Beberapa kawasan di Medamit yang dilanda banjir pada Jumaat kini beransur pulih dan tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat hari ini.

Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang Ramlan Marajan berkata, rondaan dijalankan di kawasan berisiko dinaiki air bermula jam 9 pagi.

Beliau berkata, hasil pemantuaan di kawasan Medamit mendapati semua mangsa dan penghuni di Dewan Serba Guna Medamit telah balik ke rumah masing-masing.

"Manakala di Kampung Ukong, kawasan jalan masuk kampung tersebut dalam keadaan baik dan air beransur surut.

"Bagi Kampung Tanjung, jalan masuk ke kawasan kampung itu dinaiki air dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan kecil namun paras air surut sedikit dan dalam keadaan terkawal,” katanya kepada media di sini hari ini.

Menurutnya, sepasukan anggota menyertai rondaan di kawasan berisiko banjir bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 11 pagi.

Sementara itu di Lawas, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lawas Azman Ibrahim memberitahu rondaan dijalankan di kawasan Sundar dan Trusan mendapati air semakin surut.

"Setakat ini, belum ada PPS dibuka dan pemantauan akan dibuat dari semasa ke semasa," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 11:06 PM GMT+8 , Processed in 1.333517 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list